Temuduga Terbuka (KUIM) Kolej Universiti Islam Melaka Bulan November 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Temuduga Terbuka (KUIM) Kolej Universiti Islam Melaka Bulan November 2013

(KUIM) Kolej Universiti Islam Melaka
Temuduga Terbuka (KUIM) Kolej Universiti Islam Melaka November 2013.

Tarikh temuduga: 01 hingga 30 November 2013.

Fakulti Kejururawatan KUIM mula beroperasi pada tahun 1995. Pada akhir tahun 2005, Fakulti Kejururawatan KUIM berpindah ke Kampus Utama, KUIM, Kuala Sungai Baru. Ini bertujuan agar semua fakulti berpusat di Kampus Utama KUIM. Pada masa ini, terdapat seramai 555 orang pelajar yang sedang mengikuti kursus Diploma Kejururawatan di fakulti ini dan terdiri daripada warga Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Kursus kejururawatan  KUIM adalah selama 3 tahun (6 semester) di mana pengajaran teori dan praktikal dilaksanakan sepanjang kursus ini. Praktikal di Hospital Terendak, Hospital Temerloh, Hospital Segamat, Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka. Kursus Diploma Kejururawatan yang dilaksanakan d KUIM mendapat pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara dan Lembaga Jururawat Malaysia. Pengiktirafan daripada Lembaga Jururawat Malaysia juga bererti pengiktirafan ‘International Council Of Nursing’. Para akademik adalah barisan pensyarah dan instruktur klinikal yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang kejururawatan di samping mempunyai bilik ketrampilan yang lengkap dan terkini. Tempat latihan juga adalah luas. Fakulti Kejururawatan KUIM mempunyai pengangkutan dan penginapan yang lengkap bertaraf apartmen. Pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang sihat dilaksanakan dalam bentuk riadah dan sukan untuk kesejahteraan minda pelajar.

Sepanjang bulan November ini, Fakulti Kejururawatan KUIM menjalankan sesi temuduga terbuka untuk kemasukan pelajar baharu seperti ketetapan berikut:

Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

Tarikh : 01 hingga 30 November 2013

Tempat : Fakulti Kejururawatan, Kolej Universiti Islam Melaka, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka.

Sila bawa bersama:

- Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran
- Sijil SPM dan sijil-sijil berkaitan
- 1 Salinan IC dan 1 salinan Sijil SPM
- Alat Tulis (Untuk Ujian Bertulis)
- 1 keping gambar (berukuran passport)

Syarat Kemasukan:

- SPM dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik, salah satu Subjek Sains dan 2 matapelajaran lain.

Untuk maklumat lanjut berkenaan temuduga ini, sila hubungi:

Fakulti Kejururawatan :
Pn. Siti Fatimah binti Md. Shariff di talian 06-3876280 / 012-2342604
Pn. Faliza Erylina binti Rameli di talian 06-3876272 / 019-7708224

Unit Kemasukan dan Rekod :
En. Noorfairul Faizal bin Ali di talian 06-3878417/8420 / 010-7002852
Pn. Siti Masita / Pn. Norhasmiza di talian 06-3878420

Pelan ke Kampus KUIM boleh dimuaturun melalui pautan yang kami sediakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!