Temuduga Terbuka (MAS) Malaysian Airlines Bulan Disember 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Temuduga Terbuka (MAS) Malaysian Airlines Bulan Disember 2013

Temuduga Terbuka (MAS) Malaysian Airlines
Temuduga Terbuka (MAS) Malaysian Airlines Disember 2013.

Tarikh temuduga: Sila lihat di bawah.

Malaysian Airlines (MAS) adalah syarikat penerbangan negara yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Syarikat penerbangan ini beroperasi daripada KLIA dengan hub keduanya terletak bandar Kota Kinabalu dan Kuching. Ibu pejabat MAS berada di tingkat bawah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, Selangor.

PANGGILAN KEPADA GADIS-GADIS KELAHIRAN MALAYSIA YANG BERBAKAT!

Sekiranya anda suka melancong dan berimpian mengelilingi dunia, Sertailah MAS sebagai pramugari. Mereka menawarkan pakej gaji yang menarik dengan elaun, faedah perubatan dan lain-lain faedah tambahan.


Syarat-syarat asas:

Umur: 18-35 tahun.

Kelayakan minimum: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf (Lulus 3 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan mesti kredit Bahasa Inggeris).

Ketinggian minimum: 157cm dengan berat badan yang seimbang.

Personaliti: Ceria, cergas, cerdas, bersopan, berdedikasi, bersungguh-sungguh memberikan 'Layanan Malaysia' kepada tetamu MAS.

Sila bawa dokumen asal dan salinan perkara di bawah:

- MyKad.

- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil-sijil kelayakan akademik yang lebih tinggi.

- Resume lengkap dan dikemaskini.

- Gambar bersaiz pasport.

- Melengkapkan borang permohonan kerja syarikat penerbangan Malaysia.


Tempat temuduga terbuka MAS bulan November dan Disember 2013:

23 November 2013
Le Meridien
Jalan Fuad Stephens, Kota Kinabalu

30 November 2013
Hilton Kuching
Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching

07 Disember 2013
Akademi penerbangan Malaysia
No.2 Jln 557/13, Kelana Jaya, Selangor

Masa Pendafataran: 08.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Kod pakaian: Kebaya atau office attire.

Sila muaturun, cetak dan lengkapkan borang permohonan temuduga MAS di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!