12 Jawatan Kosong (JAIS) Jabatan Agama Islam Selangor Bulan Disember 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

12 Jawatan Kosong (JAIS) Jabatan Agama Islam Selangor Bulan Disember 2013

(JAIS) Jabatan Agama Islam Selangor
Jawatan Kosong (JAIS) Jabatan Agama Islam Selangor Disember 2013.

Tarikh tutup: 16 Disember 2013.

Sejarah Penubuhan (JAIS) Jabatan Agama Islam Selangor, bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan.

Menjelang 01 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda sendiri. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.

Sukacita dengan ini disertakan Iklan Kekosongan Jawatan Kontrak di Jabatan Agama Islam Selangor bagi jawatan yang disenaraikan berikut:

01. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
02. Pegawai Hal Ehwal Islam (PPMD) S27
03. Pegawai Hal Ehwal Islam (Guru Besar) S7
04. Pembantu Hal Ehwal Islam (Bilal/Siak) S17
05. Pembantu Hal Ehwal Islam (Guru) S17
06. Pembantu Tadbir (Kew) W17
07. Pembantu Tadbir (P/O) N17
08. Penyelia Asrama N17
09. Juruteknik Komputer FT17
10. Pembantu Makmal C17
11. Pembantu Am Pejabat N1
11. Pemandu R3
12. Pengasuh

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan JAIS – BP.1 yang boleh dimuaturun melalui pautan di bawah:


b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan Sijil Kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

c) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

d) Permohonan hendaklah sampai kepada:

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM.

e) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia di talian 03-55143405 / 3424.

f) Iklan asal jawatan kosong (JAIS) Jabatan Agama Islam Selangor boleh diperolehi dengan mengikuti pautan berikut:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!