14 Jawatan Kosong (MPPP) Majlis Perbandaran Pulau Pinang Bulan Disember 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

14 Jawatan Kosong (MPPP) Majlis Perbandaran Pulau Pinang Bulan Disember 2013

(MPPP) Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Jawatan Kosong (MPPP) Majlis Perbandaran Pulau Pinang Disember 2013.

Tarikh tutup: 31 Disember 2013.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) adalah kawasan pentadbiran tempatan di kawasan Pulau Pinang dan bandaraya George Town. Kawasan pentadbirannya meliputi keluasan kira-kira 299.65 kilometer persegi dengan bilangan penduduk berbilang bangsa berjumlah lebih 800,000 orang.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk kawasan Bandaraya Georgetown dan Pulau. Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung. Jemaah pentadbiran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) terdiri daripada seorang Yang Dipertua dan 24 orang Ahli Majlis. Mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tempoh perkhidmatan Ahli-ahli Majlis ialah selama setahun.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan sukacitanya mempelawa calon yang berminat, layak dan mahir untuk memohon jawatan kosong ditawarkan di bawah:

01. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
02. Arkitek J41
03. Jurutera J41
04. Pegawai Veterinar G41
05. Pegawai Undang-Undang L41
06. Pegawai Tadbir N41
07. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
08. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
09. Penolong Juruaudit W27
10. Setiausaha Pejabat N27
11. Pembantu Penguatkuasa N17
12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
13. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
14. Pegawai Perubatan UD43/47/48

Cara memohon:

a) Permohonan  jawatan kosong Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ini adalah secara atas talian / online sahaja yakni melalui portal e-Perjawatan MPPP sahaja melalui pautan di bawah:


b) Pemohon kali pertama bagi jawatan kosong Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di portal itu adalah dikehendaki mendaftar akaun permohonan. Manakala pemohon sedia ada boleh login untuk meneruskan permohonan.

c) Iklan asal jawatan kosong Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) boleh diakses melalui pautan di atas untuk melihat keterangan lanjut.

----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!