4 Jawatan Kosong (YIK) Yayasan Islam Kelantan Bulan Disember 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

4 Jawatan Kosong (YIK) Yayasan Islam Kelantan Bulan Disember 2013

Yayasan Islam Kelantan
Jawatan Kosong (YIK) Yayasan Islam Kelantan Disember 2013.

Tarikh tutup: 24 Disember 2013.

Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang ada pada hari ini lebih merupakan sebuah agensi agama kerajaan negeri Kelantan yang diamanahkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan Islam dan pengajian bahasa Arab dalam kalangan penduduk negeri ini. Tarikh penubuhan asalnya ialah pada 01 Januari 1974 dan diletakkan di bawah penguatkuasaan Enakmen Kelantan 9/1968.

Pada tahun 1973, kerajaan campuran Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Barisan Nasional (BN) ditubuhkan di Kelantan. Satu cadangan telah dikemukakan kepada pihak kerajaan negeri agar ditubuhkan satu Jabatan Khas untuk mengendalikan sekolah-sekolah agama di negeri itu. Jabatan ini diberi nama Jabatan Khas sekolah-sekolah agama. Jabatan ini diberi nama Jabatan Sekolah-Sekolah Agama (JASA) Kelantan. Menjelang 01 Julai 1974 dan ia diletakkan di bawah Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Nilam Puri dengan Enakmen No. 9 tahun 1969 yang kemudian dipinda di bawah Enakmen No. 3 tahun 1977.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada Rakyat Kelantan:

01. Pembantu Makmal
02. Pembantu Am Pejabat
03. Pekerja Awam
04. Pekerja Awam (Jaga)

Cara memohon:

a) Sila kemukakan permohonan secara bertulis dan setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan sijil-sijil akademik, surat beranak dan kad pengenalan yang disahkan serta 1 keping sampul surat berukuran 22cm X 11 em beralamat sendiri serta bersetem 60 sen.

b) Permohonan hendaklah dihantar kepada:

YM Pengarah
Yayasan Islam Kelantan
Nilam Puri, Peti Surat 248
15730 Kota Bharu
Kelantan.

c) Iklan asal jawatan kosong yayasan Islam Kelantan ini boleh dicapai melalui pautan berikut:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!