Jawatan Kosong (MDCH) Majlis Daerah Cameron Highlands Bulan Disember 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong (MDCH) Majlis Daerah Cameron Highlands Bulan Disember 2013

Majlis Daerah Cameron Highlands
Jawatan Kosong Majlis Daerah Cameron Highlands Disember 2013.

Tarikh tutup: 16 Disember 2013.

Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah ditubuhkan pada 01 Mac 1982 untuk mentadbir kawasan Cameron Highlands, berikutan penyusunan semula Penguasa Tempatan di Negeri Pahang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pada 1955, Majlis Daerah Cameron Highlands dikenali sebagai Lembaga Bandaran Cameron Highlands yang merangkumi Tanah Rata dan Brinchang sahaja. Manakala Bandar Ringlet dikenali sebagai Majlis Tempatan Ringlet.

Pada peringkat awal Majlis Daerah Cameron Highlands hanya mempunyai 45 orang pekerja sahaja. Namun begitu, pada tahun 1998 angka tersebut meningkat ke 100 orang. Walau bagaimanapun sebahagian daripada kakitangan Majlis Daerah Cameron Highlands telah diserapkan ke perkhidmatan swasta iaitu Perkhidmatan Pembentungan (IWK) dan Perkhidmatan Pelupusan Sampah (Alam Flora).

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang) termasuklah pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

01. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W36 (UNIT COB)

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDCH/JWT yang boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Daerah Cameron Highlands atau dimuat turun di laman web MDCH atau melalui pautan yang kami sediakan berikut:


b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama salinan dokumen berikut:

- salinan kad pengenalan ( depan / belakang )
- Sijil berhenti sekolah
- Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan
- Gambar Berukuran Pasport
- Lain-lain dokumen sokongan berkaitan

c) Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
PETI SURAT 66
39007 TANAH RATA
PAHANG DARUL MAKMUR

d) Iklan asal jawatan kosong Majlis Daerah Cameron Highlands ini boleh dicapai melalui pautan yang disediakan di bawah:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!