Jawatan Kosong (PKBF) Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser Bulan Disember 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong (PKBF) Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser Bulan Disember 2013

(PKBF) Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
Jawatan Kosong (PKBF) Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser Disember 2013.

Tarikh tutup: 02 Disember 2013.

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) adalah sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Pahang yang telah ditubuhkan di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Pahang No.4 tahun 1968 yang pada asalnya telah diberi tanggungjawab membangun, menyelenggara kemudahan awam, membangun kemudahan perniagaan,rekreasi dan pelancongan di kawasan Bukit Fraser.

Dengan perkembangan industri pelancongan yang bertambah pesat pada tahun-tahun 1990’an, Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil keputusan untuk memperluaskan tanggungjawab Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser sebagai organisasi negeri yang bertanggungjawab untuk “Menjadikan Negeri Pahang Sebagai Sebuah Destinasi Pilihan”. Untuk tujuan itu,enakmen tubuh PKBF telah dipinda pada tahun 1997.

Dengan perkembangan bidang itu, ibu pejabat PKBF dipindah ke Kuantan pada tahun yang sama. Dengan perubahan ini PKBF tidak lagi bertanggungjawab menguruskan pentadbiran dan pembangunan Bukit Fraser yang telah berpindah kepada Majlis Daerah Raub. PKBF secara rasminya menjadi sebuah badan yang bertanggungjawab membangun dan menggalakkan industri pelancongan bagi seluruh Negeri Pahang.

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak berikut:

01. Juruteknik Komputer FT17 (Perempuan)

Cara memohon:

a) Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi dengan mengikuti pautan di bawah:


b) Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan sampul surat berwarna putih berukuran 10cm x 23cm  (4in x 9in) beralamat sendiri dan bersetem RM0.60.

c) Borang permohonan hendaklah diisi dengan selengkapnya dengan disertakan SALINAN SIIL YANG DISAHKAN dan GAMBAR BERUKURAN PASPORT (TERBARU) dan alamat kepada

Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
Bangunan JKR 300,
Jalan Masjid,
25000 Kuantan.
(Tel: 09-5171623/624/555)

(Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kanan sampul surat)

d) Iklan asal jawatan kosong PKBF ini boleh dibaca melalui pautan berikut untuk mengetahui syarat lantikan dan perkhidmatan:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!