Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


2 Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong Bulan Januari 2014

Majlis Daerah Lenggong
Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong Januari 2014.

Tarikh tutup: 17 Januari 2014.

Majlis Daerah Lenggong ditubuhkan pada 01 Disember 1979 dan keluasan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Lenggong adalah 9,590 hektar dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 17,000 orang. Pekan Lenggong adalah pusat pentadbiran yang terletak ditengah-tengah kawasan iaitu disebelah selatan 62 km. dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan sebelah utara 57 km, dari Gerik iaitu Pusat Pentadbir bagi Daerah Hulu Perak. Majlis Daerah Lenggong merangkumi 10 kawasan iaitu: Ayer Kala, Selat Pagar, Padang Grus, Rancangan Perumahan Awam Gua Badak, Rancangan Perumahan Awam Gelok, Pekan Lenggong, Kg. Kota Tampan, Taman Kota Tampan, Pekan Raban dan Pekan Kuak. Keluasan kawasan adalah seluas 60.8km persegi. Dengan luas kawasan operasi ialah 3km persegi dan luas kawasan kawalan ialah 57.8km persegi.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut, keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan:

01. Pembantu Akauntan W17
02. Penghantar Notis N11

Cara memohon:

a) Permohonan mestilah dibuat di dalam borang MD.LG Pkdm 1/96 yang boleh didapati di Majlis Daerah Lenggong Perak Darul Ridzuan atau melayarai Laman Web www.mdlg.gov.my.


b) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil berkaitan hendaklah dikembalikan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH LENGGONG,
JALAN ALANG ISKANDAR,
33400 LENGGONG, PERAK Darul Ridzuan

c) Calon-calon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan Berkanun dan Penguasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan yang tidak mengikuti syarat-syarat atau lewat diterima tidak akan dilayan.

d) Calon-calon yang berjaya untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Ikuti pautan di bawah untuk melihat kelayakan diperlukan dan lain-lain syarat:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!