Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


5 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong Bulan Januari 2014

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong Januari 2014.

Tarikh tutup: 20 Januari 2014.

Pentadbiran perbandaran di Daerah Bentong bermula dengan penubuhan Majlis Perbandaran Bentong pada 5 Mei 1955 dengan kuatkuasa undang-undang dan diwartakan mengikut Pahang negeri Kerajaan Warta No. 147. Penubuhan Majlis Perbandaran Bentong pada 1 Julai 1981 adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan tempatan (Akta 171). Ia adalah satu peningkatan tahap daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Daerah dengan penyatuan Majlis Daerah Bentong dengan 5 majlis tempatan dan beberapa kawasan lain.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan dibawah (Keutamaan diberi kepada Rakyat Negeri Pahang):

01. Arkitek Landskap J41
02. Penolong Pegawai Penilaian W32
03. Penolong Akauntan W27
04. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
05. Pembantu Awam H11

Cara memohon:

a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Bentong dengan bayaran RM1.00 yang boleh didapati di Unit Pentadbiran, Pejabat Majlis Perbandaran Bentong, Jalan Ketari, 28700 BENTONG, Pahang Darul Makmur dengan datang sendiri atau dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Bentong di www.mpbentong.gov.my atau dengan menggunakan pautan berikut:


b) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan (fotostat) Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan, Salinan Kad Pengenalan dan Gambar asal berukuran 5 x 4 sm. Borang Permohonan Yang Tidak lengkap Diisi Akan Ditolak.

c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 17.

d) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantarkan ke:

Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Bentong
Jalan Ketari
28700 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR

e) Iklan asal jawatan kosong Majlis Perbandaran Bentong boleh dicapai melalui pautan yang disertakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut TAHU bagaimana menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!