Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson Bulan Januari 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson Bulan Januari 2014

Majlis Perbandaran Port Dickson
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson Januari 2014.

Tarikh tutup: 20 Januari 2014.

Majlis Perbandaran Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Majlis Perbandaran dengan rasminya pada 2 Februari 2002. Ianya mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi (54.18 batu persegi). Kawasannya dibahagi kepada dua iaitu operasi seluas 35.87 km persegi manakala kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi. Keluasan pusat bandar Port Dickson ialah 395.5 ekar atau 160.1 hektar. Sepanjang pantai Port Dickson memaparkan ciri perbandaran peranginan tepi pantai yang serba moden, kawasan pendalamannya pula menggabungkan adunan aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada anak Negeri Sembilan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

01. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Port Dickson atau muat turun di laman web rasmi MPPD di www.mppd.gov.my atau melalui pautan berikut:


b) Semua borang permohonan hendakalah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa/ Penghulu / Pengerusi / JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatanseperti berikut:

- Salinan kad pengenalan;
- Salinan surat beranak;
- Salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan; dan
- Sekeping gambar berukuran passport.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masingmasing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahunan.

d) Nama jawatan hendaklah di tulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Port Dickson
Km 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson
(u.p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)

e) Iklan asal jawatan kosong Majlis Perbandaran Port Dickson ini boleh dibaca semula melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut TAHU bagaimana menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!