Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong PERKESO Bulan Januari 2014

Jawatan Kosong PERKESO
Jawatan Kosong PERKESO Januari 2014.

Tarikh tutup: 17 Januari 2014.

PERKESO ditubuhkan pada 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 dan Peraturan–Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Perlindungan yang disediakan oleh PERKESO termasuklah rawatan perubatan pembayaran faedah hilang upaya sementara dan kekal serta pemulihan. Melalui 46 buah cawangan di seluruh Negara, PERKESO sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan melalui maklumat yang tepat dan cepat serta sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan pekerja dan majikan.

Sejajar dengan misi dan visi ini, PERKESO menjemput mereka yang berminat untuk menyertai mereka sebagai:

01. Pegawai Peubatan Gred 25

Cara memohon:

a) Pemohon dikehendaki mengisi Borang PKS (T) 70 yang boleh didapati dari mana-mana cawangan PERKESO diseluruh negara ataupun melayari laman Web PERKESO di www.perkeso.gov.my untuk memuat turun borang permohonan.

b) Permohonan daripada penjawat awam/Badan Berkanun hendaklah mengemukakan salinan rekod perkhidmatan dan laporan prestasi tahunan yang dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengesahan majikan (testimonial) bagi permohonan dari sektor swasta.

c) Permohonan hendaklah dihantar melalui pos dengan menyertakan butir-butir peribadi (resume), salinan kelayakan akademik dan maklumat maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan, gaji terkini beserta salinan slip gaji yang disahkan dan gambar berukuran passport ke alamat di bawah:

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
MENARA PERKESO
TINGKAT 10, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
281, JALAN AMPANG, 50538 KUALA LUMPUR.

d) Iklan asal jawatan kosong PERKESO ini boleh dibaca semula melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut TAHU bagaimana menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!