3 Jawatan Kosong Majlis Daerah Rompin Bulan Febuari 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

3 Jawatan Kosong Majlis Daerah Rompin Bulan Febuari 2014

Majlis Daerah Rompin
Jawatan Kosong Majlis Daerah Rompin Febuari 2014.

Tarikh tutup: 05 Febuari 2014.

Majlis Daerah Rompin telah ditubuhkan pada 01 Julai 1988 melalui Warta Kerajaan negeri Pahang No. 501 bertarikh 14 Jun 1988 dengan kawasan pentadbiran seluas 127.23 km persegi. Pada 1 November 2000 LKPT (DARA) dibubarkan. Ini menyebabkan perkembangan MDR di kawasan 4,044.24 km persegi melalui Pelan Warta 3536 PW termasuk kawasan operasi kira-kira 353.056 km2 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2002. Dengan ini Warta, seluruh daerah Rompin menjadi ra pentadbiran Majlis Daerah Rompin. Perkembangan ini merangkumi seluruh daerah Rompin kecuali Pulau Tioman yang diletakkan di bawah pentadbiran Lembaga Pembangunan Tioman. Dengan jumlah penduduk berdasarkan Banci tahun 2000 adalah 101,877 orang.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

01. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
02. Pembantu Penilaian W17
03. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan borang MDR/P/1 yang boleh didapati dari Majlis Daerah Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur dan Pejabat Cawangan Muadzam Shah, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur secara percuma.

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan.

c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 10” x 15”. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

d) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:

- tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
- tidak lengkap atau tidak terang;
- tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;
- tidak ditulis Nombor Kad Pengenalan;
- tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat; dan
- tidak ditandatangani

e) Permohonan hendaklah sampai kepada alamat di bawah:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH ROMPIN
26800 KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR

f) Iklan asal jawatan kosong Majlis Daerah Rompin ini boleh dicapai melalui pautan berikut:


----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!