Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29.

Berikut merupakan beberapa contoh soalan untuk peperiksaan Bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 yang sempat kami perolehi. Contoh-contoh soalan-soalan ini meliputi Seksyen A dan Seksyen B serta tidak tersusun. Diharap sedikit sebanyak ia boleh memberikan gambaran awal kepada anda.

1. Komponen asas komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu Peranti Input, Peranti Output, Unit Storan atau Unit Ingatan dan Unit Pemprosesan.

Tetikus merupakan contoh bagi

A Unit Storan.
B Peranti Input.
C Peranti Output.
D Unit Pemprosesan.

Jawapan: B

2. Protokol utama yang digunakan dalam World Wide Web (WWW) untuk memindahkan maklumat ialah

A Internet Protocol.
B File Transfer Protocol.
C Hypertext Transfer Protocol.
D Anonymous File Transfer Protocol.

Jawapan: C

3. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A 28
B 49
C 56
D 62

Jawapan: A

Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28

4. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

A 36
B 33
C 30
D 27

Jawapan: D

Teknik Menjawab:
90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang
3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

Untuk mendapatkan contoh-contoh soalan penuh bagi Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 yang mencakupi keseluruhan Seksyen A - Pengetahuan Am dan Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah (yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Kemahiran Menggunakan Logik, Kemahiran Menginterpretasikan Data dan Konsep Matematik), anda boleh dapatkan di pautan berikut:

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!