Panduan Peperiksaan Bertulis Pegawai Belia dan Sukan S41 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Panduan Peperiksaan Bertulis Pegawai Belia dan Sukan S41

Panduan Peperiksaan Bertulis Pegawai Belia dan Sukan
Panduan Peperiksaan Bertulis Pegawai Belia dan Sukan S41.

Salam hormat kepada semua pembaca Blog Tips Kerjaya. Selaras dengan objektif utama blog ini untuk menjadi sebagai salah satu daripada blog rujukan kerjaya yang paling dinamik, bermanfaat dan utama. kali ini panduan peperiksaan yang akan dibincangkan adalah untuk jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41.

SPA sebagai badan kerajaan yang mengurus aktiviti pengambilan bagi individu ke jawatan sektor awam baru-baru ini telah mengumumkan akan mengadakan peperiksaan bertulis untuk jawatan Pegawai Belia dan Sukan S41. Tarikh rasmi yang diumumkan adalah pada 08 Febuari 2014 bersamaan dengan hari Sabtu minggu pertama bulan berkenaan.

Peperiksaan Bertulis Pegawai Belia dan Sukan S41 diadakan bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasikan maklumat yang diperoleh melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan ini adalah terdiri dari pelbagai jurusan. Jadi soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Dari segi matlamat, tidak lain peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Belia dan Sukan Gred S41.

Sebagai gambaran awal, Peperiksaan ini melibatkan empat kertas berasingan. Anda perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Peperiksaan Bertulis Pegawai Belia dan Sukan S41 terbahagi kepada 4 seksyen:

1) Seksyen A (Pengetahuan Am)
2) Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)
3) Seksyen C (Esei Bahasa Melayu)
4) Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris)

Seksyen A (Pengetahuan Am)
Seksyen A hendaklah dijawab dalam tempoh 40 minit. Bilangan soalan yang diuji adalah sebanyak 50 item. seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia.

Anda dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan bidang hal ehwal politik dan kepimpinan, tatanegara dan dasar-dasar awam, sukan, rekreasi dan belia, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, agama dan moral serta isu-isu semasa. Soalan-soalan akan ditarafkan adalah perlu diketahui oleh calon yang mempunyai Ijazah dalam bidang perakaunan.

Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)
Seksyen B hanya memperuntukkan masa selama 45 minit sahaja dengan bilangan item sebanyak 40 soalan. Seksyen ini dibahagikan kepada tiga secara amnya yakni:

1) Kemahiran Menggunakan Logik
2) Kemahiran Menginterpretasi Data
3) Konsep Matematik

Seksyen C (Esei Bahasa Melayu)
Seksyen C adalah selama 1 jam berlangsung. Anda dikehendaki menjawab HANYA 1 soalan sahaja. Esei yang anda hasilkan tidak dihadkan jumlah patah perkataannya, Jadi anda bebas menulis sepanjang mana yang anda suka. Asalkan ianya masih menjawab soalan, tidak terkeluar tajuk, kemas, tersusun, gramatis dan belum melebihi masa ayng ditetapkan.

Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris)
Seksyen D juga sama seperti Seksyen C. Bezanya, anda perlu mengarang esei menggunakan bahasa Inggeris. Dalam seksyen ini biasanya calon akan dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan anda dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Kepada pembaca kami yang juga merupakan calon yang dipanggil untuk peperiksaan bertulis kali ini, dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, anda mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermaksud peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 adalah lebih tinggi. Semoga berjaya!

Khas untuk calon yang dipanggil, kami sarankan rujukan khusus di bawah:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!