Temuduga Terbuka TUDM 2014 (Zon Semenanjung) - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Temuduga Terbuka TUDM 2014 (Zon Semenanjung)

Temuduga Terbuka TUDM 2014 (Zon Semenanjung).

Tarikh temuduga: 18 Febuari - 19 April 2014.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memulakan sejarahnya apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958. Semasa ditubuhkan TUDM dikenali sebagai TUDP atau “Tentera Udara Diraja Persekutuan“.

Sebagai turus angkatan yang masih muda dan belum berpengalaman, tugasan awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang sedang mengancam keamanan negara. Dengan tertubuhnya Persukutuan Malaysia pada 16 September 1963, nama TUDP telah ditukar kepada “Tentera Udara Diraja Malaysia” atau lebih dikenali sebagai TUDM.

TUDM - Tentera Udara Diraja Malaysia mempelawa wargenegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyertai TUDM sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Calon yang berminat, berdedikasi serta mempunyai kelayakan yang diperlukan adalah dijemput untuk menghadiri sesi pemilihan awal bagi Zon Semenanjung bagi jawatan kosong diiklankan di bawah:

01. Perajurit Muda (Lelaki) TUDM Siri 51/14.

Kelayakan akademik:

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan dengan Kredit dalam subjek Bahasa Malayu, Matematik, Sains atau satu daripada subjek Sains serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris: atau

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Dua (2) dalam bidang ketukangan yang berkenaan.

Syarat-syarat lain:

- Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Penglihatan baik (tanpa kaca mata) dan tidak kabur warna.

- Tinggi: 1.62 m, Berat: 47.5 kg, BMI: 18-25 dan Ukuran Dada: 76cm.

Pertanyaan dan maklumat lanjut:

- Sila gunakan alamat dan nombor telefon yang kami kongsikan di bawah ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jitu:

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN
TINGKAT 7, MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR

TEL: 03 – 2681 2412 atau 03 – 2681 2413 atau 03 – 2681 2414.

Untuk lebih lengkap lagi berkenaan jawatan kosong TUDM ini, termasuk pakaian semasa hadir, lokasi pemilihan, jadual penuh sesi pemilihan serta dokumen diperlukan. Sila klik gambar iklan asal Pemilihan Awal TUDM di bawah:
----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!