Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


13 Jawatan Kosong UMK Bulan Mac 2014

Jawatan Kosong UMK
Jawatan Kosong UMK Mac 2014.

Tarikh tutup: 27 Mac 2014.

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untukmembangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :

01. Pegawai Veterinar G41
02. Pegawai Sains C41
03. Juruaudit W41
04. Penolong Pegawai Veterinar G27
05. Pembantu Makmal C17
06. Pegawai Belia & Sukan S41
07. Pegawai Perubatan UD43/ UD47
08. Pegawai Sains C41
09. Pegawai Veterinar G41
10. Pegawai Pertanian G41
11. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
12. Pegawai Kebudayaan S41
13. Pembantu Belia dan Sukan S17

Cara memohon:

a) Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

b) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

c) Maklumat terperinci mengenai semua jawatan dan syarat-syarat kelayakan untuk memohon jawatan di atas boleh diperolehi melalui pautan di bawah:


d) Borang permohonan boleh diisi secara online di:


(Pemohon tidak perlu menghantar salinan hardcopy borang permohonan).

----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!