Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak Bulan Mac 2014

Majlis Daerah Tangkak
Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak Mac 2014.

Tarikh tutup: 05 Mac 2014.

Pihak berkuasa tempatan merupakan kerajaan peringkat ketiga selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Selepas penyusunan semula pihak berkuasa tempatan pada tahun 1976, Majlis Daerah Tangkak telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1976 di gabungan majlis tempatan Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.The kawasan Majlis Daerah Tangkak adalah kira-kira 13,566 hektar dengan penduduk kira-kira 70,400 dan pemegang aset kira-kira 17600 di kawasan ini. Selain daripada kawasan-kawasan Wilayah Majlis Daerah Tangkak, kawasan pentadbiran Majlis ini juga termasuk 20 m (40 rantai) tepi jalan di sepanjang Kampung Teratai, Durian Chondong, Kg.Baru Bekoh dan Bukit Asahan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, keutamaan kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim, yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tetap seperti berikut:

01. Akauntan W41
02. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
03. Pembantu Kesihatan Awam U17

Cara memohon:

a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Majlis Daerah Tangkak yang boleh didapati sendiri di kaunter atau melalui pautan yang kami sediakan di bawah:


b) Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A , bil. 21 dan memastikan (Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun berturut-turut bagi tahun 2011, 2012 dan 2013( jika ada) disertakan bersama.

c) Semua permohonan hendaklah disertakan (salinan yang disahkan) seperti berikut:

- Salinan sah Sijil-Sijil Persekolahan
- Salinan sah sijil/dokumen akademik dan berkaitan
- Salinan sah Kad Pengenalan
- Salinan sah Sijil Lahir
- Sijil Berhenti Sekolah
- Gambar warna berukuran pasport
- Salinan Lesen Memandu (jika berkaitan)
- Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada,

d) Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan ke alamat:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
PETI SURAT 63
84907, TANGKAK, JOHOR.

e) Syarat lantikan dan senarai tugas untuk setiap jawatan kosong di atas boleh dibaca melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!