Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bulan Mac 2014

Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya Mac 2014.

Tarikh tutup: 10 Mac 2014.

Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan dari Bukit Belacan ke kawasan bandar Ampang (kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong Cina yang digunakan untuk perlombongan timah.Kerana berlainan loghat Cina dalam menyebut perkataan Melayu, kerja-kerja ’ empang ’ (empangan) adalah disebut sebagai “ ampang ”. Sejarah Ampang berkait rapat dengan sejarah Kuala Lumpur kerana ia mula diterokai oleh Yap Ah Loy (yang terkenal Cina nama seorang pelombong timah). Penduduk Melayu asli di kawasan Ampang adalah keturunan Bugis dari Sumatera.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor, seperti yang diiklankan berikut:

01. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
02. Pembantu Awam H11
03. Pemandu Kenderaan H11

Cara memohon:

a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MPAJ 1 yang boleh didapati sendiri di kaunter atau melalui pautan yang kami sediakan di bawah:


b) Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A , bil. 21 dan memastikan (Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun berturut-turut bagi tahun 2011, 2012 dan 2013( jika ada) disertakan bersama.

c) Semua permohonan hendaklah disertakan (salinan yang disahkan) seperti berikut:

- Salinan sah Sijil-Sijil Persekolahan
- Salinan sah sijil/dokumen akademik dan berkaitan
- Salinan sah Kad Pengenalan
- Salinan sah Sijil Lahir
- Sijil Berhenti Sekolah
- Gambar warna berukuran pasport
- Salinan Lesen Memandu (jika berkaitan)
- Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada,

d) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan dan hendaklah dikemukakan ke alamat:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4
MENARA MPAJ JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

e) Syarat lantikan dan senarai tugas untuk setiap jawatan kosong di atas boleh dibaca melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!