3 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang Bulan Mac 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

3 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang Bulan Mac 2014

Majlis Perbandaran Sepang
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang Mac 2014.

Tarikh tutup: 31 Mac 2014.

Majlis Perbandaran SEPANG bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan asas kepada semua penduduk Sepang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sebagai sebuah majlis tempatan, Majlis Perbandaran SEPANG bertanggungjawab ke atas pelan pembangunan dan pelan perkhidmatan komuniti. Pada mulanya, MP Sepang ini dikenali sebagai Lembaga Bandaran Sepang dan kemudian dikenali sebagai Lembaga Pengarah Daerah Sepang. Lembaga Pengarah Daerah Sepang. Pada 13 November 2002, Jawatankuasa Eksekutif Selangor telah menaiktaraf status Lembaga untuk Majlis Perbandaran Sepang; sebagai diperakui oleh Jawatankuasa pilihan raya dalam surat rasmi bertarikh 7 Mei 2004 dan juga oleh Kementerian Perumahan dan kerajaan tempatan pada 19 Mac 2004.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

01. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
02. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa JA29
03. Penolong Pegawai Senibina JA29
04. Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29
05. Penolong Arkitek Landskap JA29
06. Penolong Pegawai Penilaian W27
07. Penolong Pegawai Tadbir N27
08. Pembantu Penilaian W17
09. Pegawai Tadbir N41

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Perbandaran Sepang di alamat: www.mpsepang.gov.my.


b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.

c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.

d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Alamat permohonan:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.

g) Maklumat terperinci mengenai jawatan dan syarat-syarat kelayakan untuk memohon jawatan di atas boleh diperolehi melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!