Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


5 Jawatan Kosong (MAIJ) Majlis Agama Islam Negeri Johor Bulan Mac 2014

Jawatan Kosong (MAIJ) Majlis Agama Islam Negeri Johor Mac 2014.

Tarikh tutup: 19 Mac 2014.

Majlis Agama Islam Negeri Johor ditubuhkan pada 1925 di bawah Bahagian IV, Bab XV, Lembaga perintah bagi pemerintahan Raja. – Mengurus dan mentadbir dana dan mengagih Zakat & Fitrah oleh penerima – untuk mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang dan Baitulmal aset. – Mengurus dan mentadbir endowmen Pemegang Amanah Dana Wakaf.

Adalah dengan ini, permohonan dipelawa kepada warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Agama Islam Negeri Johor:

01. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
02. Pembantu Hal Ehwal Islam S17
03. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
04. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
05. Pembantu Hal Ehwal Islam S17

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan borang Majlis Agama Islam Negeri Johor yang boleh diperolehi secara percuma di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tkt 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar, Jalan Masjid Abu Bakar, 80000 Johor Bahru. Borang juga boleh didapati dengan menghantar sampul surat berukuran 20cm x 23cm bersetem dan beralamat sendiri atau dengan memuat turun borang di laman web Majlis Agama Islam Negeri Johor ; www.maij.gov.my.

b) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

d) Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaharu berukuran passport dan salinan yang diakui sah dokumen-dokumen berikut;

- Sijil Kelahiran/surat beranak;
- Kad Pengenalan;
- Sijil tamat sekolah;
- Sijil SRP/PMR,SPM/STA,STPM/STAM;
- Diloma/Ijazah bersama pengiktirafan JPA;
- Skrip-Skrip Ijazah.

e) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
TINGKAT 5, BLOK B,
PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR,
JALAN MASJID ABU BAKAR,
80000 JOHOR BAHRU

f) Iklan asal jawatan kosong ini boleh dibaca semula dengan mengikuti pautan yang disenaraikan di bawah:


----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!