Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


8 Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia Bulan Mac 2014

Lembaga Lada Malaysia
Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia Mac 2014.

Tarikh tutup: 14 Mac 2014.

Lembaga Lada Malaysia merupakan sebuah badan berkanun persekutuan yang tertubuh di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 dan telah diperbadankan pada 01 Januari 2007. Lembaga Lada Malaysia, agensi kerajaan yang berada di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia yang beribu pejabat dan beralamat di Lot 1115, Jalan Utama, Tanah Putih P.O Box 1653, 93916, Kuching, Sarawak.

Lembaga Lada Malaysia dengan sukacitanya mempelawa warganegara Malaysia yang berminat, berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan kosong yang diiklankan di bawah:

01. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
02. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
03. Penolong Akauntan Gred W27
04. Pereka Gred B21/22 B27/28
05. Pembantu Makmal Gred C17
06. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
07. Pemandu Kenderaan Gred H11
08. Pembantu Awam Gred H11

Cara memohon:

a) Permohonan adalah secara atas talian (online) dengan menggunakan sistem eJawatan Lembaga Lada Malaysia di bawah:


b) Syarat lantikan dan senarai tugas untuk setiap jawatan kosong di atas boleh dibaca melalui pautan di bawah:


c) Jawatan yang diiklankan di atas adalah bertaraf tetap dan berlokasi di Kuching, sibu, Sri Aman, Serian dan Sarikei.

----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!