Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


8 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung Bulan Mac 2014

Majlis Perbandaran Manjung
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung Mac 2014.

Tarikh tutup: 24 Mac 2014.

Majlis Daerah Manjung (MDM) telah diperbadankan pada 01 Jan 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Manjung pada 1 Ogos 2001. Keluasan kawasan MPM terbahagi kepada: Luas Kawasan Majlis tahun 2006 ialah 301.82 km persegi @ 20.88% dari keseluruhan Daerah Manjung (1,171km persegi), Kawasan Operasi (180.47 km persegi) dan Kawasan Kawalan (121.35 km persegi).


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti diiklankan di bawah:

01. Pembantu Penguatkuasa N17
02. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
03. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
04. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
05. Pembantu Penilaian W17
06. Pembantu Belia Dan Sukan S17
07. Pembantu Kesihatan Awam U17
08. Pemandu Kenderaan H11

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPM 1 yang boleh dimuaturun melalui pautan di bawah:

>> Download Borang MPM 1

b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil yang berkaitan, sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan, sekeping gambar terbaru berukuran pasport.

c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23sm x 11sm.Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

d) Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya;

- tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
- tidak lengkap atau tidak terang;
- tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
- tidak ditulis Nombor Kad Pengenalan;
- tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
- tidak ditandatangani.

d) Permohonan hendaklah sampai kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JALAN PINANG RAJA
32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN

e) Iklan asal jawatan kosong Majlis Daerah Manjung ini boleh dibaca semula dengan mengikuti pautan yang disenaraikan di bawah:

>> Iklan jawatan kosong Majlis Daerah Manjung 2014

----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!