Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2014

PISMP Ambilan Jun 2014
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2014.

Tarikh tutup: 30 Mac 2014.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) untuk memohon bagi mengikuti latihan persediaan selama 1 tahun ini sebelum meneruskan ke peringkat Sarjana Muda Perguruan selaa 4 tahun kemudian.

Syarat dan kelayakan asas:

-Warganegara Malaysia.

-Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.

-Calon mesti sihat tubuh badan.

-Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.

-Calon mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) subjek di peringkat (SPM).

-Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
a. Bahasa Melayu; dan
b. Sejarah.

-Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.

-Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).

Cara memohon:
a) Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat:


b) Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.

c) Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

d) Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

e) Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

f) Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

g) Iklan asal program persediaan PPISMP ini boleh dibaca melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!