Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Temuduga Terbuka Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Bulan April 2014

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak
Temuduga Terbuka Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak April 2014.

Tarikh Temuduga Terbuka: 25 April 2014.

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari  1973 hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri perak (Exco). Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil.2 tahun 1973(asal),pin.9(1974) dan pin.bil7(1981) dan mula beroperasi pada tahun 1974.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan seperti berikut:

01. Polis Bantuan (Lelaki)

Cara memohon:

a) Calon–calon yang berminat dan memenuhi syarat–syarat dikehendaki hadir ke sesi pemilihan di pusat temuduga yang ditetapkan dengan mengemukakan sijil SPM/PMR, Resume, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan, lain-lain sijil yang berkaitan (salinan asal dan fotostat) dan sekeping gambar terkini berukuran passport.

b) Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan "resume" yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PETI SURAT 228, 30730 IPOH.
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

*Hanya calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

c)Iklan asal boleh dibaca melalui pautan yang disediakan di bawah:


----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!