Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


4 Jawatan Kosong Pentadbiran Negeri Perak Bulan April 2014

Jawatan Kosong Negeri Perak
Jawatan Kosong Pentadbiran Negeri Perak April 2014.

Tarikh tutup: 30 April 2014.

Perak adalah negeri yang aman dan indah, dan penuh peluang. Bersempadan dengan beberapa buah negeri-negeri lain, Negeri Perak menawarkan pelbagai keistimewaan dalam aspek ekonomi, pelancongan, infrastruktur dan lain-lain. Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang), dengan berkeluasan 21,000 km persegi. Ia adalah salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak dengan sukacita mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

01. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
02. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
03. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J41
04. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N27

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam borang PSUK. Pk. 1 (Pin. 1/90) atau sistem online penjawatan yang boleh didapati melalui pautan di bawah:


b) Keutamaan akan diberikan kepada Anak Perak dan yang memiliki pengalaman pekerjaan yang berkaitan. Jika sekiranya pemohon dilahirkan di luar Negeri Perak sila sertakan salinan Kad Pengenalan Bapa pemohon.

c) Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan Borang permohonan berserta salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Resume, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil-sijil berkaitan dengan jawatan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat seperti di bawah:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

d) Iklan asal dan borang permohonan jawatan kosong Pentadbiran Negeri Perak boleh diperolehi melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!