8 Jawatan Kosong Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika Bulan Mei 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

8 Jawatan Kosong Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika Bulan Mei 2014

Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropik
Jawatan Kosong Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika Mei 2014.

Tarikh tutup: 04 Mei 2014.

Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika telah ditubuhkan pada Jun 2008.  Aktiviti-aktiviti Unit ini bertujuan untuk mengkaji keseimbangan karbon kawasan tanah gambut tropika dan menjana maklumat saintifik untuk penggunaan, pengurusan dan pemuliharaaan sumber tanah gambut tropika secara mampan. Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika terdiri daripada 5 bahagian iaitu: Penyelidikan Persekitaran, Kajian Tanaman, Kajian Molekular dan Mikrobiologi, Kajian Kimia dan Pentadbiran dan Pengurusan.

Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:

01. Pegawai Penyelidik
02. Penolong Pegawai Penyelidik
03. Setiausaha Pejabat
04. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
05. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), (IT)
06. Pemandu Kenderaan Bermotor
07. Pembantu Am Rendah
08. Pekerja Awam

Cara memohon:

a) Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui pautan di bawah:


b) Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

c) Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing.

d) Sila rujuk SYARAT DAN CARA MEMOHON, PANDUAN PEMOHON dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.

e) Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai dari Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika, Jabatan Ketua Menteri di talian: 082-241164.

f) Iklan asal jawatan kosong di Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika boleh dibaca melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!