Jawatan Kosong (MAIWP) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bulan April 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong (MAIWP) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bulan April 2014

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Jawatan Kosong (MAIWP) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan April 2014.

Tarikh tutup: 07 April 2014.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MAIWP telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. MAIWP adalah bertanggungjawab untuk Labuan dan Putrajaya selepas masing-masing diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhannya bertujuan untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berkaitan Hal Ehwal Islam seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 31 Akta Pentadbiran undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut :

01. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – Guru Ekonomi Asas

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan yang boleh diperolehi dengan melayari pautan berikut:

>> Borang Perjawatan MAIWP

b) Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan berkanun atau kuasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahun 2013 disertakan bersama.

c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon dan dihantar ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN (MAIWP)
ARAS 1, BANGUNAN PERKIM
NO. 150, JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR
(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA)

d) Iklan asal Jawatan kosong MAIWP ini boleh dicapai melalui pautan di bawah:

>> Iklan jawatan kosong MAIWP 2014

----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!