Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


7 Jawatan kosong (KETENGAH) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bulan Mei 2014

Jawatan kosong KETENGAH
Jawatan kosong (KETENGAH) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Mei 2014.

Tarikh tutup: 29 Mei 2014.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Parlimen Akta No. 104/73 dan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan meliputi 443,876 hektar dan merangkumi kawasan pedalaman di Dungun, Kemaman dan Daerah Hulu Terengganu.

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu seperti berikut:

01. Penolong Pegawai Seni Bina JA36
02. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
03. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
04. Pembantu Kesihatan Awam U17
05. Pembantu Kemahiran H17
06. Pembantu Setiausaha Pejabat N17
07. Pembantu Awam H11

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di pautan yang kami sediakan di bawah:


b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.

c) Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.

d) Permohonan hendaklah sampai ke alamat di bawah sebelum tarikh tutup permohonan:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

e) Iklan asal jawatan kosong KETENGAH di bawah boleh dicapai melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!