Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Jawatan Kosong (MAIWP) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bulan Julai 2014

Jawatan Kosong (MAIWP) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Jawatan Kosong (MAIWP) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Julai 2014.

Tarikh tutup: 03 Julai 2014.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MAIWP telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. MAIWP adalah bertanggungjawab untuk Labuan dan Putrajaya selepas masing-masing diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhannya bertujuan untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berkaitan Hal Ehwal Islam seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 31 Akta Pentadbiran undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa permohonan daripada calon yang berminat, berpengalaman dan berkelayakan agar menyertai organisasi mereka untuk jawatan diiklankan seperti berikut:

01. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
02. Pegawai Latihan E41
03. Penolong Juruaudit W27

Cara memohon:

a) Iklan, borang permohonan dan senarai semak boleh diperolehi melalui pautan berikut:


b) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan:

- Salinan Ijazah/Diploma/Sijil bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil berhenti sekolah dan sijil kelahiran.

- Transkrip keputusan semua semester bagi calon-calon yang mendapat kelayakan ijazah dari Institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang mengandungi CGPA. Transkrip yang tidak menyatakan CGPA tidak akan diterima.

- Gambar ukuran passport

- Resume langkap

c) Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan berkanun atau kuasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masingmasing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahun 2013 disertakan bersama.

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

----------------------

Berapa banyak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Agensi Kerajaan seperti di atas di negeri anda? Dah 'explore' peluang pekerjaan di sana? Misalnya Di Selangor sahaja, terdapat 12 Pihak Berkuasa Tempatan.

Peluang pekerjaan di Pihak Berkuasa Tempatan, atas usaha anda sendiri. Cari semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri anda dan 'teropong' kerja kosong di sana!

Sama juga halnya dengan Agensi kerajaan. Jika anda ada semua laman web PBT dan agensi-agensi ini barulah anda tidak terlepas peluang kerja kosong kan?

Muaturun senarai 241 Agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara di sini:


P/s: Selalu semak laman agensi dan PBT, jangan terlepas sebarang peluang yang datang!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!