6 Jawatan Kosong Majlis Daerah Lipis Bulan Jun 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

6 Jawatan Kosong Majlis Daerah Lipis Bulan Jun 2014

Jawatan Kosong Majlis Daerah Lipis
Jawatan Kosong Majlis Daerah Lipis Jun 2014.

Tarikh tutup: 04 Jun 2014.

Majlis Daerah Lipis ditubuhkan pada Mac 1982 hasil daripada percantuman beberapa pihak berkuasa tempatan iaitu Kuala Lipis Majlis Perbandaran, Benta, Jerkoh, dan majlis tempatan Penjom serta Pekan-pekan kecil seperti Padang Tengku, Bukit Betong, Mela dan Merapoh. Mengikut sejarah Majlis Perbandaran Kuala Lipis mula beroperasi sebagai Lembaga kesihatan atau Lembaga Sanitary  hingga ke akhir Perang Dunia II. Selepas itu ia beralih sebagai Lembaga Bandaran sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959 Pilihanraya untuk kerajaan tempatan telah diadakan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir ini pihak berkuasa tempatan sehingga Majlis Daerah telah ditubuhkan pada 1 Mac 1982.

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang) termasuklah Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di dalam pentadbiran Majlis Daerah Lipis:

01. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
02. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
03. Pembantu Penguatkuasa N17
04. Pembantu Awam H11
05. Penolong Jurutera JA29
06. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

Cara memohon:

a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDL.Jawat 1/02 yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Daerah Lipis, Kompleks Pejabat Kerajaan, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur dan boleh muat turun borang ini di pautan berikut:


b) Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilai an Prestasi.

c) Calon-calon yang memohon Borang MDL.JAWAT 1/01 melalui pos dan borang muat turun dari laman web MDL mestilah menyertakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm yang beralamat sendiri serta mempunyai setem RM 0.60 sen. Sampul surat itu hendaklah ditulisNAMA JAWATAN DI SUDUT ATAS SEBELAH KIRI SAMPUL SURAT.

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH LIPIS
KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR.
( U/P : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN )

d) Iklan asal jawatan kosong Majlis Daerah Lipis ini boleh dicapai melalui pautan yang berikut:


----------------------

Berapa banyak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Agensi Kerajaan seperti di atas di negeri anda? Dah 'explore' peluang pekerjaan di sana? Misalnya Di Selangor sahaja, terdapat 12 Pihak Berkuasa Tempatan.

Peluang pekerjaan di Pihak Berkuasa Tempatan, atas usaha anda sendiri. Cari semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri anda dan 'teropong' kerja kosong di sana!

Sama juga halnya dengan Agensi kerajaan. Jika anda ada semua laman web PBT dan agensi-agensi ini barulah anda tidak terlepas peluang kerja kosong kan?

Muatturun senarai 241 Agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara di sini:


P/s: Selalu semak laman agensi dan PBT, jangan terlepas sebarang peluang yang datang!

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!