Peperiksaan SPA Kini Secara Online - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Peperiksaan SPA Kini Secara Online

Peperiksaan SPA Online
Peperiksaan SPA Kini Secara Online

Tanggal 27 Mei 2014 menjadi titik mula hebahan peperiksaan Online oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Peperiksaan kemasukan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) menjadi peperiksaan kedua yang menggunakan sistem peperiksaan secara online ini. Selepas peperiksaan Penolong Pegawai Arkib pada awal Mei 2014 yang lalu. Ianya merupakan transformasi yang dirancang bagi meningkatkan kemudahan untuk calon di samping penjimatan kos pengurusan peperiksaan.



Menurut pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, kaedah terbaru ini diambil keputusan untuk dilaksanakan bagi memudahkan calon mengambil peperiksaan tanpa perlu lagi mengambil cuti atau menempuhi perjalanann jauh untuk ke pusat peperiksaan yang ditetapkan seperti sebelum ini. Tambahan itu, menurut Tan Sri pengerusi lagi, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara sebelum ini yang merangkumi perbelanjaan seperti penyediaan kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

Berikut petikan kenyataan pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam,

Ia membolehkan orang ramai menduduki peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara”.

Apakah Kesan Positif Sistem Baharu Ini Kepada Calon?

Kita di BlogTipsKerjaya melihat ini sebagai satu gerak langkah yang sangat bagus dan menyelesaikan beberapa masalah pokok ketika perlaksanaan peperiksaan sebelum ini. Dalam sistem lama, calon dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan dan antara masalah yang sering dihadapi adalah :

a) Calon perlu mengambil cuti untuk hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan.

b) Pusat peperiksaan yang jauh. Ada sesetengah calon tinggal di Kota Kinabalu terpaksa terbang ke Kuala Lumpur untuk mengambil peperikaan.

c) Masalah ‘keinginan dan keperluan’ calon bertukar pusat peperiksaan.

d) Kegagalan mengesan pusat peperiksaan. Banyak kes calon tiba lewat ke pusat peperiksaan kerana tidak menemui lokasi peperiksaan.

Tahniah buat pihak SPA yang mendengar keluhan calon-calon sebelum ini dan memperkenalkan inisiatif membantu dengan memperkenalkan sistem peperiksaan online ini. Syabas! Diharapkan dengan pelaksaan sistem ini akan menambah bilangan calon yang mengambil peperiksaan dan lebih ramai calon lulus peperiksaan SPA ini.

Apakah Pula Kesan Negatif Sistem Baharu Ini Kepada Calon?

Kami di BlogTipsKerjaya menerima banyak keluhan daripada calon peperiksaan Online SPA baru-baru ini. Ianya berkaitan pengenalan sistem online ini. Rata-rata bergembira dengan perlaksanaan ini, tetapi tetap berlaku banyak kegusaran atas beberapa halangan teknikal yang berlaku. Antaranya yang sempat kami kumpulkan adalah :

a) ‘Loading’ yang lambat.

b) Sistem ‘auto-refresh’ yang mendatangkan masalah.

c) ‘Pop-up’ mengatakan ada soalan belum dijawab sedangkan semua soalan telah dijawab

d) Sistem ‘Auto refresh’ yang kerap & tidak tepat membuatkan calon terganggu & kehilangan masa.

e) Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang memerlukan rujukan gambar.

Itu antara masalah teknikal yang timbul. Tidak dinyatakan masalah akses internet oleh calon dan masalah tiada akses yang kita anggap sebagai masalah yang boleh diatasi oleh calon sendiri. Masalah yang dinyatakan di atas adalah pada sistem peperiksaan online itu sendiri yakni pada 'teknikaliti perlaksanaan'.

Ianya adalah masalah biasa untuk sistem baru dan ada ruang untuk penambahbaikan dan pastinya ianya tidak dipandang enteng oleh pihak SPA.

Bagi calon peperiksaan menggunakan sistem online yang lalu, masalah ini besar bagi mereka kerana tidak tahu apa status peperiksaan yang mereka ambil. Adakah peperiksaan itu ‘sah’ dan bagaimana pemarkahan mengambilkira ‘pop-up’ yang mengelirukan dan ada soalan yang dikatakan masih belum dijawab.

Pelbagai isu-isu di atas timbul. Apa sekalipun, sistem ini pasti akan diteruskan. Dengan pendedahan ini, semoga ia sedikit sebanyak membantu persediaan anda.

----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!