8 Jawatan Kosong (MBPJ) Majlis Bandaraya Petaling Jaya Bulan Julai 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

8 Jawatan Kosong (MBPJ) Majlis Bandaraya Petaling Jaya Bulan Julai 2014

Majlis Bandaraya Petaling Jaya Julai 2014
Jawatan Kosong (MBPJ) Majlis Bandaraya Petaling Jaya Julai 2014.

Tarikh tutup: 22 Julai 2014.

Di awal-awal penubuhannya, Petaling Jaya memberi keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa berusaha menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam terlebih dahulu. Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan "Old Town" dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balairaya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain infastruktur. Jalan 1 (satu) yang sekarang dikenali sebagai Jalan Templer merupakan jalanraya pertama yang dibina di Petaling Jaya.

Sehingga akhir tahun 1954, Petaling Jaya tetap diurustadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kuasa pentadbiran bandar Petaling Jaya kemudiannya diserahkan kepada sebuah Badan Berkanun yang baharu iaitu Petaling Jaya Authority. 1hb Januari 1964, merupakan satu detik bersejarah bagi Petaling Jaya kerana melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil 2/1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai ‘Autonomi Kewangan' telah ditubuhkan untuk mentadbir dan menguruskan bandar Petaling Jaya.

MBPJ mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat dan berintegriti tinggi untuk mengisi kekosongan seperti di bawah:

01. Penolong Pustakawan S27
02. Penolong Pegawai Tadbir N27
03. Artis Budaya (Pereka Tari) B27
04. Artis Budaya (Penari) B17
05. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
06. Pembantu Tadbir N17
07. Pembantu Kemahiran H17
08. Pembantu Awam

Cara memohon:

a) Semua permohonan perlu dibuat melalui Sistem Perjawatan Online MBPJ melalui pautan di bawah:


b) Sebarang masalah atau pertanyaan sila berhubung dengan Bahagian Sumber Manusia MBPJ di talian 03-79563544.

c) Maklumat terperinci mengenai jawatan dan syarat-syarat kelayakan untuk memohon jawatan di atas boleh diperolehi melalui pautan di bawah:


----------------------

Berapa banyak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Agensi Kerajaan seperti di atas di negeri anda? Dah 'explore' peluang pekerjaan di sana? Misalnya Di Selangor sahaja, terdapat 12 Pihak Berkuasa Tempatan.

Peluang pekerjaan di Pihak Berkuasa Tempatan, atas usaha anda sendiri. Cari semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri anda dan 'teropong' kerja kosong di sana!

Sama juga halnya dengan Agensi kerajaan. Jika anda ada semua laman web PBT dan agensi-agensi ini barulah anda tidak terlepas peluang kerja kosong kan?

Muaturun senarai 241 Agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara di sini:


P/s: Selalu semak laman agensi dan PBT, jangan terlepas sebarang peluang yang datang!

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!