4 Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian Bulan September 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

4 Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian Bulan September 2014

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian
Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian September 2014.

Tarikh tutup: 03 September 2014.

Asalnya, MD Pontian telah ditubuhkan pada 1 November, 1976 di bawah Akta 124 (Akta sementara) yang kemudiannya diistiharkan sebagai Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Majlis pentadbiran meliputi kawasan seluas 1080 hektar meliputi bandar Pontian, Pekan Nanas, Benut, Permas dan Ayer Baloi. Sebelum penubuhan Majlis Daerah Pontian, bandar Pontian ditadbirkan oleh Majlis Daerah, sementara cawangan Pekan Nanas, Benut, Ayer Baloi dan Permas ditadbirkan oleh Majlis tempatan masing-masing. Sejak Penubuhan Majlis Daerah Pontian, tiga tempatan majlis tempatan Majlis Pekan Nanas, majlis tempatan Benut Ayer Baloi dan Majlis Perbandaran Pontian telah dimansuhkan dan pentadbirannya diambil alih oleh Majlis Daerah Pontian.

Majlis Daerah Pontian pada ketika ini mempelawa permohonan daripada calon yang berminat, berpengalaman dan berkelayakan agar menyertai organisasi mereka untuk jawatan diiklankan seperti berikut:

01. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
02. Pembantu Penguatkuasa N17
03. Penolong Pegawai Tadbir N27
04. Pegawai Tadbir N41

Cara memohon:

a) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Daerah Pontian yang dikenakan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu sahaja) yang boleh didapati dengan menggunakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 80 sen atau mengambilnya sendiri seterusnya menghantar permohonan tersebut ke alamat:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PONTIAN,
ARAS 1,BLOK A,
JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN,JOHOR

b) Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akandipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

c) Iklan asal jawatan kosong Majlis Daerah Pontian ini boleh dibaca semula melalui pautan di bawah:


----------------------

Berapa banyak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Agensi Kerajaan seperti di atas di negeri anda? Dah 'explore' peluang pekerjaan di sana? Misalnya Di Selangor sahaja, terdapat 12 Pihak Berkuasa Tempatan.

Peluang pekerjaan di Pihak Berkuasa Tempatan, atas usaha anda sendiri. Cari semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri anda dan 'teropong' kerja kosong di sana!

Sama juga halnya dengan Agensi kerajaan. Jika anda ada semua laman web PBT dan agensi-agensi ini barulah anda tidak terlepas peluang kerja kosong kan?

Muaturun senarai 241 Agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara di sini:


P/s: Selalu semak laman agensi dan PBT, jangan terlepas sebarang peluang yang datang!

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!