Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia Bulan September 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia Bulan September 2014

Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia
Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia September 2014.

Tarikh tutup: 12 September 2014.

Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato ’ Onn), Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan Pejabat Menteri Pertahanan yang pertama, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein, yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970. Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos bernilai RM122, 000.00 dan telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein pada 18 Mac 1960. Bangunan yang dibina di Jalan Padang Tembak ini juga menempatkan Panglima dan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia dari ketiga-tiga Perkhidmatan. Kementerian Pertahanan diterajui oleh Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi dua Perkhidmatan utama. Pertama, adalah perkhidmatan awam yang diketuai oleh Setiausaha genus dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.

Kementerian Pertahanan dengan ini mempelawa permohonan daripada calon yang berminat, berpengalaman dan berkelayakan agar menyertai organisasi mereka untuk jawatan diiklankan seperti berikut:

01. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17 (Kontrak)

Cara memohon:

a) Pemohon hendaklah mengisi Borang MINDEF–1/1999 yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang yang kami kongsikan di bawah:

>> Download Borang MINDEF–1/1999

b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup permohonan ke alamat seperti di bawah :

Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tingkat 2, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(u.p: Unit Pengambilan, Cawangan Khidmat Awam)

c) Sila klik nama jawatan kosong Kementerian Pertahanan di atas untuk melihat bidang tugas serta kelayakan diperlukan.

----------------------

Berapa banyak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Agensi Kerajaan seperti di atas di negeri anda? Dah 'explore' peluang pekerjaan di sana? Misalnya Di Selangor sahaja, terdapat 12 Pihak Berkuasa Tempatan.

Peluang pekerjaan di Pihak Berkuasa Tempatan, atas usaha anda sendiri. Cari semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri anda dan 'teropong' kerja kosong di sana!

Sama juga halnya dengan Agensi kerajaan. Jika anda ada semua laman web PBT dan agensi-agensi ini barulah anda tidak terlepas peluang kerja kosong kan?

Muaturun senarai 241 Agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara di sini:


P/s: Selalu semak laman agensi dan PBT, jangan terlepas sebarang peluang yang datang!

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!