Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Temuduga Terbuka PDRM Bulan September 2014

Temuduga Terbuka PDRM
Temuduga Terbuka PDRM September 2014.

Tarikh temuduga: Bermula 02 September 2014.

PDRM - Polis Diraja Malaysia sehingga kini terdiri daripada 112,145 anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yakni tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu dan yang terbaru menentang kemasukan pengganas Sulu.

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan ke bahu PDRM oleh rakyat, ia dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan sokongan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan keamanan negara kita.

Sejarah kepolisan di Malaysia sebenarnya bermula apabila termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada sekitar tahun 1807. Sungguhpun demikian, peranan kepolisan telah bermula lebih awal lagi, iaitu pada zaman kesultanan Melayu di mana wujudnya undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang yang wujud pada zaman kesultanan Melayu lebih menjurus kepada undang-undang adat ataupun undang-undang syariah sementara penguatkuasaan dijalankan oleh institusi Temenggong serta para hulubalangnya.

PDRM mengalu-alukan warganegara Malaysia yang berjiwa patriotik, kental berjuang dan gigih mempertahankan negara untuk menyertai barisan pertahanan negara dengan menghadirkan diri ke temuduga terbuka bagi jawatan berikut:

01. Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM)

Butiran lanjut:

a) Maklumat lanjut berkenaan temuduga terbuka PDRM ini boleh diperolehi melalui pautan di bawah:

>> Iklan temuduga terbuka PDRM September 2014

----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.

7 comments:

  1. Saya ingin tahu dimana lokasi temuduga ini, kerana tidak menyatakan lokasinya. Lg 1 jika saya terlepas panggilan temuduga ini adakah temuduga lain?

    ReplyDelete
  2. saya ingin tahu lokasi temuduga pulau pinang,saya sangat berminat dengan pdrm..tolong bantu saya..

    ReplyDelete
  3. Di kedah start 7 october,di anak bukit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!