18 Jawatan Kosong UUM Bulan Oktober 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

18 Jawatan Kosong UUM Bulan Oktober 2014

Jawatan Kosong UUM
Jawatan Kosong UUM Oktober 2014.

Tarikh tutup: 18 November 2013.

Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan universiti awam yang terletak di Pekan Sintok, Kedah. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984. Penubuhan UUM adalah dengan misi khusus memberikan peranan kepimpinan bagi pengurusan pendidikan di negara ini. Oleh itu, UUM juga dikenali sebagai sebuah Universiti Pengurusan di negara ini.

Pertubuhan akademik di UUM termasuklah Kolej Perniagaan (UUM COB), Kolej undang-undang, kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (UUM COLGIS) dan Kolej Sastera dan Sains (UUM CAS). UUM adalah Universiti pertama di negara ini yang menjadi universiti berwayar menggunakan kabel gentian optik sepenuhnya. Universiti Utara Malaysia mempunyai 29 makmal komputer di bangunan akademik dan pentadbiran di kampus, menyediakan para pelajar dengan titik capaian e-perkhidmatan.

Pemohonan adalah dipelawa daripada seluruh Warganegara Malaysia yang 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Utara Malaysia:

01. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
02. Penyelia Asrama N17
03. Pegawai Tadbir N41
04. Pegawai Penyelidik Sosial N41
05. Penolong Pegawai Pertanian G27
06. Penolong Pegawai Keselamatan KP27
07. Penolong Pegawai Tadbir N27
08. Setiausaha Pejabat N27
09. Pegawai Perubatan UD41, UD43, UD47, UD51, UD53
10. Pegawai Farmasi U41
11. Pembantu Keselamatan KP17
12. Pembantu Pembedahan Pergigian U17
13. Penjaga Jentera Elektri J17
14. Pemandu Kenderaan H11
15. Pembantu Awam H11
16. Operator Loji H11
17. Pengawal Keselamatan KP11
18. Pembantu Operasi N11

Cara memohon:

a) Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem atas talian (online) UUM yang boleh dicapai melalui pautan berikut:

>> sistem atas talian (online) UUM

b) Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.

c) Iklan penuh jawatan kosong Universiti Utara Malaysia ini boleh dicapai melalui pautan yang disertakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!