2 Jawatan Kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia Bulan Oktober 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

2 Jawatan Kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia Bulan Oktober 2014

Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jawatan Kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia Oktober 2014.

Tarikh tutup: 01 Oktober 2014.

(LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia merupakan sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 di bawah Akta 231 (Perbadanan 1980). (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia diwujudkan untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, operasi dan penyenggaraan lebuhraya antara bandar untuk mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan lain-lain.

Antara objektif penubuhan (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah untuk merancang, mereka bentuk, membangunkan, mengurus dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya yang moden dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi untuk menyediakan sistem pengangkutan yang cepat, selamat dan cekap. Di samping meningkatkan kemahiran dan kepakaran pekerja melalui latihan di semua pembangunan lebuhraya dan penyelenggaraan.

Pemohonan adalah dipelawa daripada seluruh Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia:

01. AKAUNTAN (GRED W41)
02. JURUTERA ELEKTRIK (GRED J41)

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman sesawang (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia.

b) Iklan asal jawatan kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia ini boleh dibaca melalui pautan yang berikut:


c) Walau bagaimana  pun, sila baca dengan teliti syarat dan keperluan lain yang dikenakan pihak LLM melalui portal rasmi mereka di pautan berikut:

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!