2 Jawatan Kosong PERKESO Bulan September 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

2 Jawatan Kosong PERKESO Bulan September 2014

Jawatan Kosong PERKESO
Jawatan Kosong PERKESO September 2014.

Tarikh tutup: 30 September 2014.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berada di bawah di Kementerian Sumber Manusia (dahulunya dikenali sebagai Kementerian buruh) dengan tujuan untuk mentadbir, menguatkuasakan dan melaksanakan Akta Keselamatan Sosial pekerja, 1969 sekali gus memberi faedah kepada kakitangan di bawah Skim insurans bencana pekerjaan dan skim pencen hilang upaya.

Antara fungsi-fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar majikan/pekerja, kutipan sumbangan majikan/pekerja, memproses tuntutan yang dibuat oleh pekerja-pekerja bergaji dan tanggungan mereka. Pada Julai 1985, status PERKESO, berubah daripada sebuah Jabatan Kerajaan kepada sebuah badan berkanun. Pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan skim ganjaran sendiri, skim ganjaran baru PERKESO (SSB).

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengalu-alukan permohonan daripada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang di senaraikan di bawah:

01. PENGARAH SUMBER MANUSIA (KONTRAK)
02. PENGARAH EKSEKUTIF PUSAT REHABILITASI (KONTRAK)

Cara memohon:

a) Permohonan untuk jawatan kosong ini adalah secara atas talian atau online sahaja (melalui portal pekerjaan PERKESO) ATAU dapatkan bborang borang permohonan jawatan PKS(T)70 yang boleh didapati di alamat PERKESO berikut:

Ketua Eksekutif
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Aras 10, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang
50538 Kuala Lumpur
(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

b) Pemohon kali pertama untuk jawatan kosong PERKESO melalui portal itu adalah dikehendaki mendaftar akaun permohonan terlebih dahulu. Manakala pemohon sedia ada boleh terus login ke akaun mereka untuk meneruskan proses permohonan online anda.

c) Sila klik nama jawatan kosong PERKESO di atas untuk melihat bidang tugas dan kelayakan diperlukan dan seterusnya memulakan proses permohonan anda.

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!