Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


2 Jawatan Kosong (SKM) Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bulan Oktober 2014.

Jawatan Kosong (SKM) Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Jawatan Kosong (SKM) Suruhanjaya Koperasi Malaysia Oktober 2014.

Tarikh tutup: 10 Oktober 2014.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).

Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi di Malaysia.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) dengan ini, mempelawa semua Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

01. Pegawai Ehwal Ekonomi E41
02. Pembantu Ehwal Ekonomi E17

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati melalui laman web Suruhanjaya Koperasi Malaysia www.skm.gov.my.

b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disudut sebelah kanan sampul surat dan dihantar ke alamat:

Pengarah
Bahagian Sumber Manusia
Tingkat 15, Sunway Putra Tower
100 Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur

c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah.

d) Iklan asal jawatan kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini boleh dibaca semula dengan merujuk pautan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!