2 Jawatan Kosong SPA Bulan September 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

2 Jawatan Kosong SPA Bulan September 2014

Jawatan Kosong SPA Bulan September 2014
Jawatan Kosong SPA September 2014.

Tarikh tutup: 26 September 2014.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 yang lepas. Ianya telah ditubuhkan pada hari yang sama dengan hari bersejarah (hari kemerdekaan Semenanjung Malaysia daripada pemerintahan regim British). Perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu sendiri telah memulakan sebuah sejarah pemerintahan negara yang tertinggi dan bebas yang baru dalam kepimpinan Persekutuan Semenanjung Melayu. Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan mengikut perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

SPA mencari individu unuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri: Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Inovatif, Taat Setia kepada organisasi, Berfikiran terbuka dan sedia membantu. Dalam bulan ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk jawatan yang disenaraikan di bawah:

01. Pegawai Teknologi Makanan C41
02. Pegawai Khidmat Pelanggan N17

Cara memohon:

a) Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

b) Iklan asal pengambilan SPA ini boleh dicapai melalui pautan berikut:

>> Iklan Jawatan kosong SPA September 2014

c) Permohonan hendaklah melalui portal SPA menggunakan Borang SPA8i, akses dengan mengikuti pautan berikut:

>> Akses Borang SPA8i

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

2 comments:

  1. sekian lama saya telah memohon dalam permohonan perkhidmatan awam ini sehingga kini belum mendapat panggilan (dalam 7 tahun). sekian

    ReplyDelete
  2. Saya ada membuat permohonan dengan spa tapi semua permohonan saya yang dilihat akan ditulis " Tidak melepasi syarat yang ditetapkan", boleh saya tahu apa maksudnya..sekian.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!