Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai Bulan September 2014

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai September 2014.

Tarikh tutup: 17 September 2014.

Majlis Perbandaran nilai sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Seremban (ditubuhkan pada 1 Januari 1979), hasil daripada penyusunan semula enam (6) pihak berkuasa tempatan Negeri Sembilan sec. 3 (a) dan 3 (b), Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171. Majlis Perbandaran Nilai telah dinaik taraf dari Majlis Daerah Seremban dan Majlis pengumuman menaik taraf diadakan secara rasmi pada 2 Februari 2002. Majlis Perbandaran nilai telah diberi kepercayaan untuk memimpin lapan Mukim (satu kawasan terdiri daripada beberapa buah kampung) di Daerah Seremban.

Tuan/puan yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan WARGANEGARA MALAYSIA adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti di bawah di Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus untuk jawatan diiklankan seperti berikut:

01. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
02. Pembantu Kesihatan Awam U17
03. Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Cara memohon:

a) Pemohon hendaklah mengisi Borang MPN. 1/01 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00.

b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup permohonan ke alamat seperti di bawah :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO.1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAI
PETI SURAT NO.52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

c) Iklan asal jawatan kosong Majlis Perbandaran Nilai ini boleh dibaca semula melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!