4 Jawatan Kosong SPA Bulan September 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

4 Jawatan Kosong SPA Bulan September 2014

Jawatan Kosong SPA Bulan September 2014
Jawatan Kosong SPA September 2014.

Tarikh tutup: 12 September 2014.

SPA telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 yang lepas. Ianya telah ditubuhkan pada hari yang sama dengan hari bersejarah (hari kemerdekaan Semenanjung Malaysia daripada pemerintahan regim British). Perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu sendiri telah memulakan sebuah sejarah pemerintahan negara yang tertinggi dan bebas yang baru dalam kepimpinan Persekutuan Semenanjung Melayu. Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan mengikut perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

SPA mencari individu unuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri: Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Inovatif, Taat Setia kepada organisasi, Berfikiran terbuka dan sedia membantu. Dalam bulan ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk jawatan yang disenaraikan di bawah:

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

01. Pemandu Kenderaan H11
02. Pembantu Operasi N11

Kementerian Pertahanan Malaysia

03. Pembantu Awam H11
04. Pembantu Operasi N11

Cara memohon:

a) Pendaaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

b) Iklan asal pengambilan SPA ini boleh dicapai melalui pautan berikut:

>> Iklan Jawatan kosong SPA September 2014

c) Permohonan hendaklah melalui portal SPA menggunakan Borang SPA8i, akses dengan mengikuti pautan berikut:

>> Akses Borang SPA8i

----------------------

P/s: Tahukah anda? Sebenarnya banyak lagi saluran lain selain SPA untuk anda boleh berkerja di sektor awam? Ketahui Direktori Lengkap Senarai 241 Agensi Kerajaan ini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!