5 Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam Bulan September 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

5 Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam Bulan September 2014

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam
Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam September 2014.

Tarikh tutup: 15 September 2014.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah diperbadankan pada 07 Disember 1978. Penubuhan ini adalah serentak dengan perisytiharan bandaraya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Sebelum ini, MBSA lebih dikenali sebagai Majlis Perbandaran Shah Alam atau MPSA.

Namun begitu, pentadbiran MBSA hanya mula beroperasi pada 01 Januari 1979. Pada peringkat awal, pentadbiran MBSA hanyalah beroperasi di rumah kedai, di Seksyen 3 dan kemudian berpindah ke Kompleks PKNS pada tahun 1981. Hanyalah pada tahun 1988, barulah kakitangan MBSA dipindahkan ke sebuah bangunan 28 tingkat yang dikenali sebagai kini dikenali sebagai Wisma MBSA yang tersergam indah.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempelawa permohonan daripada seluruh warganegara Malaysia yang sudah melepasi 18 tahun pada tarikh permohonan dan berkelayakan untuk mengisi mana-mana jawatan kosong yang ditawarkan di bawah. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada calon yang merupakan akan jati negeri Selangor Darul Ehsan:

01. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
02. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
03. Penolong Pegawai Tadbir N27
04. Juruaudit W41
05. Pembantu Operasi N11

Cara memohon:

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;

b) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;

c) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;

d) Borang permohonan (MBSA 1) hendaklah dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.

e) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat dan dihantarkan ke alamat berikut:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

f) Iklan asal jawatan kosong Majlis Bandaraya Shah Alam ini termasuk syarat lantikan dan syarat kenaikan pangkat boleh dibaca melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!