Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jadual Seminar SPA Outreach Bulan Oktober 2014

Seminar SPA Outreach: Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan menganjurkan Seminar SPA Outreach: Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam. Seminar SPA Outreach: Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam ini akan diadakan sepanjang Tahun 2014. Penganjuran Seminar SPA Outreach: Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam ini merupakan Transformasi SPA yang bertujuan memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk:

a) Proses Permohonan Pekerjaan Secara Atas Talian.
b) Proses Peperiksaan Secara Atas Talian.
c) Menghadiri Pusat Penilaian Kompetensi / Pemeriksaan Fizikal dan Mental.
d) Pusat Penilaian Kompetensi / Pemeriksaan.
e) Tips Cemerlang Temuduga.
f) Kriteria Penilaian Calon ( Termasuk C.T.L. / F.O.L. dan P.C.I.).

Data sehingga bulan September 2014, menunjukkan sudah seramai 38,687 peserta mengikuti Seminar SPA Outreach: Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam. Berikut adalah jadual Seminar SPA Outreach: Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan sepanjang bulan Oktober 2014:


Kami di BlogTipsKerjaya.Com amat mencadangkan para pembaca untuk menyertai Seminar SPA Outreach: Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam kelolaan Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) ini. Untuk makluman, ASPA merupakan salah satu bahagian yang berada di bawah SPA sendiri.

Penyertaan ke Seminar SPA Outreach: Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia, pencari pekerjaan dan sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

- Tiada sebarang bayaran dikenakan,
- Berpakaian kemas,
- Nota-nota kursus disediakan.

Maklumat lanjut berkenaan Seminar SPA Outreach: Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam, sila berhubung dengan Urus Setia melalui:

--> emel aspa@spa.gov.my

Atau melalui mana-mana talian di bawah:

Cik Siti Amirah binti Amran : 03-8885 6459
Encik Hasrolnizam bin Jahya : 03-8885 6062
Encik Akmal Firdaus bin Aziz : 03-8885 6069

------------

P/s: Mohon sebarkan peluang ini kepada individu lain yang mungkin sesuai menyertai seminar anjuran SPA ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!