Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong MAIK Bulan September 2014

Jawatan Kosong MAIK
Jawatan Kosong MAIK September 2014.

Tarikh tutup: 30 September 2014.

MAIK - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah ditubuhkan pada tanggal 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915. Penubuhan MAIK adalah melalui perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhan MAIK antara lain adalah bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak jati Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di MAIK - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bagi jawatan seperti yang diiklankan berikut:

01. Penolong Akauntan Gred W27 (Sambilan)

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

b) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

c) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan dan dihantar ke alamat di bawah:

YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

d) Iklan asal jawatan kosong MAIK ini boleh dibaca semula melalui pautan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!