Jawatan Kosong (UMP) Universiti Malaysia Pahang Bulan September 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong (UMP) Universiti Malaysia Pahang Bulan September 2014

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Jawatan Kosong (UMP) Universiti Malaysia Pahang September 2014.

Tarikh tutup: 19 September 2014.

UMP atau Universiti Teknologi Malaysia Pahang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan UMP adalah cetusan idea Dato ‘ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak di mana ketika beliau sedang memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Atas arahan dari Kementerian Pelajaran, UTM-KCP telah diambil-alih dan dijadikan kampus sementara KUKTEM pada 1 Mei 2002 dan mula dalam akademik sesi 2002/2003 dengan mengambil seramai 307 orang pelajar pada 30 Mei 2002. Selepas lima tahun, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa dari 1 Februari 2007. Dengan perubahan ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang.

Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat dan berintegriti tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:

01. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu: www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.

b) Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR)

c) Permohonan jawatan kosong Universiti Malaysia Pahang ini hendaklah menggunakan sistem online melalui pautan di bawah:


d) Maklumat terperinci mengenai jawatan dan syarat-syarat kelayakan untuk memohon jawatan di atas boleh diperolehi melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!