Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong (UNISEL) Universiti Selangor Bulan September 2014

Jawatan Kosong Universiti Selangor
Jawatan Kosong (UNISEL) Universiti Selangor September 2014.

Tarikh tutup: 30 September 2014.

Universiti Selangor (UNISEL) merupakan sebuah Universiti swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1999 sehingga kini menawarkan pelbagai program pengajian di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Lokasinya yang strategik, secara tidak langsung  memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negeri tersebut. Universiti Selangor (UNISEL) telah ditubuhkan pada tepat 24 Ogos 1999 oleh Kerajaan Malaysia. Bagi pengambilan pelajar pertama, seramai 265 orang telah mendaftar. Jumlah ini telah meningkat kepada kira-kira 14,000 pelajar selepas lebih 10 tahun. UNISEL memberikan tumpuan kepada program-program yang berteraskan industri. UNISEL menyediakan sistem pendidikan yang mempunyai banyak hubungan sinergi dengan industri dan masyarakat dalam usaha membangunkan aktiviti-aktiviti baru yang bersifat inovatif dan penyelidikan serta kerja-kerja pembangunan.

Universiti Selangor (UNISEL) dengan ini mempelawa permohonan daripada calon yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di bawah:

01. Juruaudit Kanan W44

Cara memohon:

a) Pemohon yang berminat hendaklah menyertakan resume (sila sertakan  dua (2) nama sebagai rujukan beserta alamat penuh dan nombor telefon untuk dihubungi) dan sijil-sijil berkaitan.

b) Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi Unisel www.unisel.edu.my atau melalui pautan di bawah:


c) Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:

Pengurus Besar
Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor
Kampus Bestari Jaya
Jalan Timur Tambahan
45600 Bestari Jaya
Selangor

U/P : Unit Perjawatan & Khidmat Sokongan
Tel  : 03-3280 5077 / 5058   

d) Permohonan juga boleh diemelkan ke alamat di bawah:

--> perjawatan@unisel.edu.my

e) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

f) Iklan asal UNISEL boleh disemak melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!