Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Juruteknik Komputer FT17

Panduan Temuduga Juruteknik Komputer FT17
Panduan Temuduga Juruteknik Komputer FT17.

Anda menemui artikel ini sudah barang tentu kerana anda adalah salah seorang calon yang menerima surat panggilan ke temuduga Juruteknik Komputer FT17. Awal kalimah, tahniah kami ucapkan terlebih dahulu. Pencarian artikel ini ini tentunya salah satu daripada rangka usaha anda untuk membuat persediaan menghadapi hari temuduga. Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh pelosok negara. Di samping selalu berkongsi tips-tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini. Oleh itu, kami kuat mencadangkan agar anda mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di atas supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini yang diterbitkan.

Sedikit imbasan, anda sebagai calon temuduga Juruteknik Komputer Gred FT17 pasti anda sedia maklum bahawasanya calon yang akan dilantik ke jawatan ini akan ditempatkan di pelbagai jabatan dan kementerian dalam sektor kerajaan.

Sebelum membaca lebih lanjut, ingin kami tegaskan bahawa situasi temuduga setiap calon adalah unik dan tersendiri. Ini bermakna, tidak ada dua orang calon yang akan melalui situasi dan pertanyaan yang serupa 100%. Pasti ada perbezaan. Kalau tidak banyak, sikit pasti ada. Sebab itulah, jangan hairan jika ada antara calon yang berada di bilik temuduga lebih daripada 18 minit manakala yang lain pula kurang daripada 6 minit!

Jadi adalah suatu perkara yang amat mustahil untuk kami mampu kongsikan apakah soalan yang bakal ditanya kepada anda dengan setepat-tepatnya. Perkara itu hanya Allah SWT saja yang tahu. Baik. Dengan perkara itu anda sudah faham, maka marilah kita teruskan. Berikut merupakan tujuh tips panduan temuduga Juruteknik Komputer FT17:

1. Paling lazim, biasanya kami akan mengesyorkan anda membaca dan menghafal deksripsi tugas sebagai seorang Juruteknik Komputer FT17. Ini kerana amat jarang-jarang sekali calon tidak diajukan dengan soalan ini. Sediakan diri dengan jawapan yang paling baik boleh perolehi (tidak kiralah dari mana pun sumbernya).

Tips: Seorang Juruteknik Komputer FT17 bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

2. Tahukah anda, bahawa terdapat satu soalan bonus dalam setiap temuduga yang dijalankan? Apakah soalan tersebut? Panel akan meminta anda memperkenalkan diri. Sila sediakanlah skrip jawapan yang paling bernas anda boleh fikirkan mengenai diri anda dan hafal. Hanya bentuk soalannya sahaja yang dioleh dengan cara yang berbeza oleh panel yang berlainan. Jangan menjawab terlalu panjang soalan ini, pastikan lengkap dan padat.

3. Bersiap sedialah juga dengan soalan berkaitan pengalaman kerja. Ini biasanya menjadi keutamaan kebanyakan panel untuk jawatan apa jua jawatan kerana ia melibatkan kebolehan anda melakukan kerja kelak apabila dilantik ke jawatan Juruteknik Komputer FT17. Boleh jadi soalannya berbunyi - 'Apakah jawatan awak sekarang dan apa tugas yang awak buat?' atau 'Apa yang sedang awak lakukan sekarang?' atau bentuk lain.

Tips: Untuk soalan ini, penekanan penting harus anda berikan kepada tugas-tugas yang anda lakukan. Senaraikan semua tugas dari yang paling utama sehingga yang remeh-temeh. Kalau boleh cakaplah sebanyak yang anda mahu sampai panel mencelah atau meminta anda berhenti.

4. Seterusnya, jika anda diajukan dengan soalan - 'Apakah yang awak rasa membuatkan anda lebih layak untuk jawatan Juruteknik Komputer FT17 ini berbanding calon lain?' Apa perlu dijawab? Mula-mula jangan 'masuk bakul angkat sendiri' atau berlebihan memuji diri. Panel boleh meluat jadinya. Tarik nafas dan pastikan anda tidak memburuk-burukkan calon lain. Kemudian, kaitkan kenapa panel perlu memilih anda untuk jawatan ini dengan pengalaman kerja yang anda ada. Beritahu anda bersemangat tinggi, komited terhadap kerja dan bersungguh mencapai matlamat. Sebut juga nilai lain yang baik.

5. Panduan seterusnya, persiapkan diri anda untuk menghadapi soalan-soalan teknikal yang melibatkan tugas Juruteknik Komputer Gred FT17 seperti berikut:

a) Asas pendawaian elektrik dan elektronik (perkakasan): peralatan-peralatan menguji (tool kit dan diagnostic).

b) Komponen komputer: Peranti output, input dan storan

c) Pemasangan dan pengujian prasarana ICT: Hardware, Software, Jaringan dan lain-lain.

d) Langkah-langkah membaikpulih perkakasan dan perisian komputer: Diagnostic.

e) Pengendalian UPS (Uninterrupted Power Supply).

f) Computer System Overview: Digital Computer, The CPU, Memory, Binary; Programmable, Input/Output; Advance in Semiconductor Technology.

g) Digital System: Logic gates, Combinations Logic Design and Flipflops dan Boolean Algebra Karnaugh Map.

h) Microprocessors / Microcontrollers: System Architectures dan Block Diagram and functions.

i) Computer Systems: Computer Peripherals dan Memory System.

j) Troubleshoot Network Proble

k) Amalan Keselamatan ICT.

Tips tambahan: Jangan hadkan diri anda dengan mencari maklumat setakat untuk mencari jawapan soalan (a) - (k) saja. Luaskan bacaan dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang punya pengalaman ditemuduga untuk jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17.

5. Satu lagi yang turut tidak kurang pentingnya ialah usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Kami hampir pasti temuduga untuk jawatan sebagai Juruteknik Komputer Gred FT17 ini melibatkan sekurang-kurangnya satu soalan dalam bahasa Inggeris. Anda pun tahu peraturannya, 'penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu jawab dalam Bahasa Melayu yang amat baik', 'penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dalam Bahasa Inggeris yang fasih'. Jadi, mungkin panduan menguasai Bahasa Inggeris dengan cepat dan efektif ini berguna buat anda!

6. Kerap kali didapati, ada masanya, panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda atau kadang-kadang hanya sekadar untuk berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu. Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel selepas anda duduk di kerusi dalam bilik temuduga ialah - 'Siapa menang bola semalam ya?'. Apa nak jawab kalau tak tahu. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah:

a) Isu politik semasa,

b) Perkembangan sukan semasa,

c) Isu sosial hangat semasa,

d) Isu berkaitan ICT, Internet dan media sosial.

7. Panduan terakhir buat kali ini, jika anda pertama kali menduduki sesi temuduga untuk sektor awam, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Kami cadangkan panduan menduduki temuduga di bawah untuk rujukan pantas anda, ia mengandungi koleksi hampir 250 soalan temuduga dan skema-skema jawapan terbaik. Ia sebuah pakej lengkap menghadiri temuduga kerana mengandungi banyak topik penting untuk calon-calon temuduga seperti:

- apakah soalan lazim yang ditanya,
- apakah pula skema jawapan yang sesuai,
- cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung,
- apa perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas temuduga,
- etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting lagi.

Rujukan ini adalah umum (tetapi amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Juruteknik Komputer Gred FT17) dan boleh digunakanpakai untuk hampir kesemua jenis jawatan kerajaan yang dipohon:

>> Rujukan Menduduki Temuduga Sektor Awam

Selamat menduduki temuduga Juruteknik Komputer Gred FT17 daripada kami dan semoga berjaya!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!