Panduan Temuduga Penguasa Kastam W41 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Panduan Temuduga Penguasa Kastam W41

Panduan Temuduga Penguasa Kastam W41
Panduan Temuduga Penguasa Kastam W41.

Temuduga merupakan proses akhir dalam pemilihan, dimana pihak SPA sendiri yang mengambil peranan untuk menjalankannya. Temuduga diadakan dengan tujuan utama untuk menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di sektor kerajaan tertentu (dalam kes ini iaitu jawatan Penguasa Kastam W41). Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat awal (peperiksaan dan penilaian kompetensi). Di antara kriteria yang akan diberi fokus utama dalam sesi temuduga termasuklah sahsiah dan minat terhadap jawatan ini, kelayakan akademik bersesuaian atau tidak, keterampilan menarik dan keserasian dengan bidang tugas yang bakal dipikul kelak. Selesai urusan temuduga, calon terbaik di kalangan calon paling berkualiti akan diperakukan untuk dilantik sebagai salah seorang pegawai ideal Penguasa Kastam W41.

Kami percaya, tuan dan puan yang menemui artikel ini adalah terdiri daripada kalangan calon yang terpanggil ke sesi temuduga Penguasa Kastam Gred W41. Pastinya anda tahu benar yang calon dipanggil ke sesi temuduga pada tahun ini adalah seramai 30,000 individu! Manakala jumlah kekosongan jawatan hanyalah sebanyak 600 tempat sahaja. Jadi temuduga Penguasa Kastam W41 ini bukanlah sesi interview yang anda boleh main-main dengannya.

Di sini, kami senaraikan secara ringkas beberapa panduan temuduga Penguasa Kastam W41. InsyaAllah jika anda ikuti akan membantu persediaan:

Ambil Cuti
Jika anda bekerja, sila mohon cuti rehat kerana pihak SPA tidak mengadakan sesi temuduga Penguasa Kastam W41 ini secara online! Mohon awal, jangan tunggu tinggal sehari sebelum terikh temuduga. Apa kepentingannnya? Ini bagi membebaskan fikiran anda daripada bebanan tugas di samping dapat menumpukan kepada persiapan-persiapan akhir.

Sediakan Pakaian Sesuai
Macam juga sediakan kata peribahasa yang berbunyi 'Sediakan payung sebelum hujan'. Jangan sekali-kali datang ke temuduga dengan baju T dan berseluar jeans! Alamat memang kena halau lah. Bagi calon lelaki, semak tali leher, baju kemeja lengan panjang, seluar slack atau kasual, kot atau blazer, kasut hitam berkilat dan rambut dipotong kemas. Bagi calon wanita pula, pastikan sudah ada baju lengan panjang (tidak kira kemeja atau baju kurung), seluar slack atau skirt atau kain sarung (mana-mana yang sesuai), kot atau blazer, kasut hitam bertapak flat dan lain-lain. Untuk panduan lengkap memilih cara pakaian ke temuduga, sila semak panduan lengkap temuduga SPA.

Sediakan Dokumen Diperlukan
Pastikan surat panggilan, sijil, diploma, ijazah, resume dan dokumen sokongan lain sudah dibuat salinan fotokopi dan disahkan oleh individu berkenaan. Susun dengan betul, jangan tunggang-langgang di dalam fail holder baharu. Simpan di tempat yang selamat daripada banjir, kebakaran, serangan serangga perosak seperti lipas dan tikus.

Susun dan Baca Nota
Siapa yang mahu hadir ke sesi temuduga Penguasa Kastam W41 tanpa membuat nota? Jadi sila semak dan susun mengikut bab atau bahagian nota-nota yang sudah anda buat. Jangan setakat susun, buatlah review dan baca semula nota tadi. Ini akan membuatkan otak menayangkan flashback ketika anda menulisnya sebelum ini dan memudahkan anda mengingat untuk tempoh yang lebih lama.

Tingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
Selain itu, satu lagi yang turut tidak kurang pentingnya ialah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda. Kami hampir pasti temuduga untuk jawatan sebagai Penguasa Kastam W41 ini melibatkan beberapa soalan dalam bahasa Inggeris. Anda pun tahu undang-undangnya, 'panel penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu jawab dengan Bahasa Melayu yang amat baik', 'panel penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dengan Bahasa Inggeris yang fasih'. Jadi, mungkin panduan menguasai Bahasa Inggeris dengan cepat dan efektif ini berguna buat anda!

Jaga Makan dan Minum
Pernah dengar 'you are what you eat'? Jangan sesekali membeli makanan daripada kedai makan yang diragui tahap kebersihannya. Juga jangan sesekali menjamah makanan dan minuman yang berlebihan garam, berlebihan bahan pengawet, berlebihnan pewarna atau berlebihan bahan perisa. Kita bukan setakat tidak mahu sakit perut pada hari temuduga diadakan tetapi juga menjaga tahap kolesterol dan kesihatan untuk jangka masa panjang.

Mohon Restu Ibubapa
Restu daripada ibubapa membawa seribu keberkatan dalam kehidupan. Bukan setakat untuk temuduga ini sahaja bahkan di sepanjang kehidupan kita. Salam tangan mereka, cium pipi keduanya sebelum gerak ke pusat temuduga. Bagi yang tinggal berjauhan, call atau paling tidak sekalipun SMS lah.

Rehatkan Diri
Setelah semua persediaan dilakukan, inilah masanya untuk anda merehatkan diri. Tenangkan hati dan lapangkan fikiran. Pelbagai cara boleh dibuat seperti menonton TV, baring-baring atau bersantai dengan rakan-rakan di kedai kopi. Tapi pastikan anda balik awal dan tidur awal sebelum ke temuduga.

Berdoa Mohon Kejayaan
Sebelum tidur berdoalah kepada tuhan. Anda sudah berusaha sebaik mungkin. Kini selebihnya kita serahkan kepada tuhan. Bagi yang beragama Islam, bangun awal sedikit (setengah jam sebelum solat Subuh masuk) untuk mendirikan solat hajat kerana waktu itu doa mustajab.

Demikianlah beberapa panduan temuduga Penguasa Kastam W41 yang sempat kami kongsikan kali ini. Untuk mendapatkan panduan penuh ke temuduga SPA termasuk 250 koleksi soalan lazim temuduga dan teknik efektif menjawab soalan temuduga, sila rujuk melalui pautan di bawah:


Akhir sekali, kami doakan kejayaan anda dalam sesi temuduga Penguasa Kastam W41. Terlebih dahulu kami ucapkan selamat bertugas sebagai tuan / puan Penguasa Kastam W41!

-------------

Rujukan tambahan: Kami cadangkan anda membaca pelbagai info lengkap dunia perkastaman dalam usaha anda mempersiapkan diri dengan melayari Blog Penguasa Kastam.

1 comment:

  1. menarik tips ni... Selalu ramai calon tak cukup tidur sebab terlalu sibuk buat ulang kaji.. sebenarnya pengetahuan am bukanlah WAJIB tahu.. yg penting keyakinan diri ketika menjawab soalan daripada panel.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!