Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Penolong Juruukur JA29

Panduan Temuduga Penolong Juruukur JA29
Anda menemui artikel ini sudah barang tentu kerana anda adalah salah seorang calon yang mendapat surat panggilan ke temuduga Penolong Juruukur Gred JA29. Awal kalimah, tahniah kami ucapkan terlebih dahulu. Pencarian artikel ini tentunya salah satu daripada daya usaha anda untuk membuat persediaan rapi menghadapi hari temuduga.

Jika anda baru pertama kali tiba ke blog ini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh pelosok negara. Di samping, sering berkongsi tips-tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini. Oleh itu, kami kuat mengesyorkan agar anda mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di atas supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini yang diterbitkan terus ke dalam emel.

Sebelum membaca lebih lanjut, ingin kami tegaskan bahawa situasi temuduga setiap calon adalah unik dan tersendiri. Ini bermakna, tidak ada dua orang calon yang datang pada hari yang sama akan melalui situasi dan pertanyaan yang serupa 100%. Pasti ada perbezaan. Kalau tidak banyak, sikit pasti ada. Sebab itulah, jangan hairan jika ada antara calon yang berada di bilik temuduga lebih daripada 20 minit manakala yang lain pula kurang daripada 7 minit!

Jadi adalah perkara yang amat mustahil untuk kami mampu senaraikan soalan yang bakal ditanya kepada anda dengan setepat-tepatnya. Perkara itu hanya Allah SWT saja yang tahu. Baik. Dengan perkara itu anda sudah faham, maka marilah kita teruskan. Berikut merupakan sembilan tips panduan temuduga Penolong Juruukur Gred JA29:

1. Paling lazim, biasanya kami akan mengesyorkan anda membaca dan menghafal deksripsi tugas sebagai seorang Penolong Juruukur Gred JA29. Ini kerana jarang sekali calon tidak diajukan dengan soalan ini. Sediakan diri dengan jawapan yang paling elok boleh perolehi (tidak kiralah dari mana sumbernya).

Tips: Seorang Penolong Juruukur Gred JA29; a) Bertanggungjawab melaksanakan dan kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan dan penyediaan infrastruktur, b) Memproses dan menyemak maklumat pengukuran, data geospatial dan data extraction adalah lengkap bagi keperluan penerbitan peta, c) Menjalankan kerja ukuran pelbagai, ukuran pemetaan utiliti, melukis pelan dengan kaedah yang betul dan lengkap dan memproses ukuran kadaster yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah dan d) Menyemak proses saringan maklumat yang telah ditentukan oleh kakitangan di bawah kawalan bagi memastikan kesempurnaan maklumat dalam penghasilan peta serta menyimpan semua maklumat di dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster.

2. Anda percaya jika kami kata ada satu soalan bonus dalam setiap temuduga? Apakah soalan bonus tersebut? Anda akan dimeminta memperkenalkan diri. Sila sediakanlah skrip jawapan yang paling bernas anda boleh fikirkan mengenai diri anda dan hafal. Hanya bentuk soalannya sahaja yang dioleh dengan cara yang berbeza oleh panel yang berlainan. Jangan menjawab terlalu panjang soalan ini, pastikan lengkap dan padat.

3. Bersiap sedia dengan soalan berkaitan pengalaman kerja. Ini biasanya menjadi keutamaan kebanyakan panel untuk jawatan apa jua kerana ia melibatkan kebolehan anda melakukan kerja kelak apabila dilantik ke jawatan Penolong Juruukur Gred JA29. Boleh jadi soalannya berbunyi - 'Apakah jawatan awak sekarang dan apa tugas yang awak buat?' atau 'Apa yang sedang awak lakukan sekarang?' atau bentuk lain.

Tips: Untuk soalan jenis ini, penekanan penting harus anda berikan kepada tugas-tugas yang anda lakukan. Senaraikan semua tugas dari yang paling utama sehingga yang kurang penting. Kalau boleh cakaplah sepanjang mana dan selama mana anda boleh, sampai panel mencelah atau meminta anda berhenti.

4. Seterusnya, jika anda disuakan dengan pertanyaan - 'Apakah yang awak rasa membuatkan anda lebih layak untuk jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 ini berbanding calon lain?' Apa perlu dijawab? Mula-mula jangan berlebihan memuji diri dan jangan sekali-kali memburukkan calon lain. Panel boleh meluat jadinya.

Tips: Jelaskan kenapa panel penemuduga perlu memilih anda untuk jawatan ini dengan mengaitkan pengalaman kerja yang anda miliki. Beritahulah anda bersemangat tinggi, komited terhadap kerja dan bersungguh mencapai matlamat dan lain-lain.
5. Sering kali calon juga turut diuji dengan soalan berkaitan Kementerian atau Jabatan dimana anda ditempatkan kelak. Biasanya Penolong Juruukur Gred JA29 akan ditempatkan di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia; Jabatan Perancangan Bandar; Perbadanan Putrajaya dan pelbagai agensi kerajaan. Baca dan dapatkan maklumat lanjut berkaitan kementerian dan jabatan-jabatan ini melalui portal rasmi mereka.

6. Panduan seterusnya, persiapkan diri anda untuk menghadapi soalan-soalan teknikal yang melibatkan tugas Penolong Juruukur Gred JA29 seperti berikut:

a) Penyediaan Senarai Kuantiti /Ringkasan Tender dan Dokumen Tender: Prinsip Pengukuran Kuantiti; Pengukuran Kuantiti komponen kerja bagi bangunan yang tidak kompleks (contohnya, pencawang elektrik, kantin, stor, dan sebagainya), termasuk kerja cerucuk dan kerja luar, seperti kerja jalan, saliran permukaan air, pembentungan, dan sebagainya;  Penyediaan ringkasan tender dan dokumen lain yang menjadi dokumen tender termasuk spesifikasi kerja.

b) Penyediaan Anggaran: Prinsip asas penyediaan anggaran, Jenis dan kaedah penyediaan anggaran dan Pembinaan kadar harga.

c) Pelawaan, Penilaian dan Penerimaan Sebutharga dan Tender: Syarat-syarat sebutharga dan tender; Kelayakan memasuki sebutharga dan tender; Jenis-jenis tender; Tatacara mengeluarkan notis sebutharga dan tender; Tatacara mengiklan tender, penjualan, penutupan dan pembukaan tender; Tatacara penilaian tender; Tatacara mempertimbangkan dan penerimaan tender.

d) Pengurusan Dan Pentadbiran Kontrak: Tatacara Penyediaan Dokumen Kontrak, penyemakan polisi insuran dan bon perlaksanaan; Tatacara Pentadbiran Kontrak yang meliputi lanjutan masa, tak siap kerja, penamatan kontrak dan penyiapan kerja; Penilaian dan proses penyediaan.

e) Penilaian dan proses penyediaan: Bayaran pendahuluan dan bayaran interim, Perakuan perubahan kerja, Pelarasan harga kontrak dan Akaun muktamad.

f)  Pembangunan Sistem Maklumat Kos: Memahami penggunaan PDA, ATDA dan ACDA; Pengumpulan data/maklumat kos yang diperlukan untuk penyediaan PDA, ATDA dan ACDA; Memahami penggunaan analisis kos elemental bangunan; Memahami penggunaan angka tunjuk harga tender.

g)  Pengukuran Kuantiti Binaan Bangunan: Prinsip-prinsip am pengukuran, Penggunaan ilmu sukatukur, Kaedah pengukuran piawai, Proses penyedian senarai bahan, Pengukuran binaan bawah dan atas aras tanah dan Pengukuran kemasan.

h) Penentuan/Spesifikasi Binaan: Definisi dan tujuan, Bentuk spesifikasi, Penggunaan Spesifikasi Piawai dan Penentuan sebenar.

i)  Amalan Dan Aturcara Iktisas: Peringkat Pra Kontrak (Perancangan, Rekabentuk / Perolehan); Peringkat Kewangan Projek (Penyediaan Maklumat Kewangan Pra Kontrak, Penyediaan Maklumat Kewangan Kontrak); Peringkat Kontrak.

j)  Anggaran: Asas-asas anggaran, Kos untuk item, Kos untuk elemen, Kadar harga item dan Jadual kadar harga.

Tips tambahan: Jangan hadkan diri anda dengan mencari maklumat setakat untuk mendapatkan jawapan bagi soalan (a)-(j) di atas saja. Luaskan bacaan dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang punya pengalaman ditemuduga untuk jawatan Penolong Juruukur Gred JA29.

5. Satu lagi yang turut tidak kurang peri pentingnya ialah usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 ini. Anda pun tahu peraturannya, 'penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu jawab dalam BM yang amat baik', 'penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dalam BI yang fasih'. Jadi, mungkin panduan menguasai Bahasa Inggeris dengan cepat dan efektif ini berguna buat anda!

6. Apa jawapan terbaik jika anda disoal seperti ini - 'Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan? Kenapa tidak swasta?'.

Tips: Nyatakan bahawa memang cita-cita anda dan menjadi kebanggaan bekerja di sektor awam. Beritahu juga anda akan dapat peluang menambah ilmu dengan seminar, bengkel dan lain-lain. Peluang menyambung pengajian tidak ditutup oleh kerajaan. Dan lain-lain sebab yang anda rasakan kukuh.

7. Kerap kali didapati, panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda atau kadang-kadang hanya sekadar untuk berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu. Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel selepas anda duduk di kerusi dalam bilik temuduga ialah - 'Kelantan Vs ATM semalam, berapa skor ya?'. Apa nak jawab kalau tak tahu. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah:

a) Isu politik semasa

b) Perkembangan sukan semasa

c) Isu sosial hangat semasa

d) Isu berkaitan dunia pembinaan dan kejuruteraan.

8. Panduan terakhir untuk kali ini, jika anda belum pernah menduduki sesi temuduga untuk sektor awam, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Kami cadangkan rujukan menduduki temuduga di bawah untuk rujukan pantas anda, ia mengandungi koleksi hampir 250 soalan temuduga dan skema-skema jawapan terbaik. Ia sebuah pakej lengkap menghadiri temuduga kerana mengandungi banyak topik penting untuk calon-calon temuduga seperti:

- apakah soalan lazim yang ditanya,
- apakah pula skema jawapan yang sesuai,
- cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung,
- apa perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas temuduga,
- etika pemakaian temuduga untuk jawatan bertaraf sijil, diploma dan ijazah,
- dan beberapa topik penting lagi.

Rujukan ini adalah umum (tetapi amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Penolong Juruukur Gred JA29) dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan kerajaan yang dipohon:

>> Rujukan Menduduki Temuduga Sektor Awam

Selamat menduduki temuduga Penolong Juruukur Gred JA29 daripada kami dan semoga berjaya!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!